Home / sedih / MIKHAEL SUFYAN ANAK YG TERPILIH UNTUK JADI ANAK SYURGA -maut dalam buaian

MIKHAEL SUFYAN ANAK YG TERPILIH UNTUK JADI ANAK SYURGA -maut dalam buaian

 

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah selesai sudah urusan pengkebumian jenazah anak lelaki kesygn kami Mikhael Sufyan pagi tadi. Hujan renyai turun sewaktu solat jenazah dijalankan dan cuaca redup di tanah perkuburan memudahkan segala urusan.

Syukur alhamdulillah allah pinjamkan selama 10 bulan seorang anak lelaki cukup sempurna untuk kami bermanja dan berkasih syg. Dah tiba masa untuk dikembalikan pinjaman Allah yg paling bernilai tu.

Ramai yg bertanya apa yg terjadi.. Berat untuk saya ungkapkan dgn kata2. Kerana ajal dan maut telah ditentukanNya. Cuma asbabnya saja mungkin berbeza2. Tiada niat saya untuk menyalahkan mana2 pihak. Sekadar untuk perjelaskan apa sbnrnya yg dah berlaku supaya tidaklah ramai tertanya2.

Dah jadi bahagian Mikhael meninggal dunia akibat lemas dalam buaian di rumah babysitter dan bahagian saya dan keluarga untuk menerima takdir dariNya. Arwah ditemui dlm keadaan terlangkup di dalam buaian dlm keadaan tidak sedarkan diri dan tiada denyutan nadi lagi sewaktu tiba di klinik berhampiran. Walaupun bantuan masih diberikan dlm ambulance ke hospital, dan juga sewaktu tiba di hospital, malangnya, masih tiada respon dan anak kesayangan kami disahkan meninggal dunia pada hari jumaat penuh barakah, 6/4/2018, jam 1.20 ptg. Hujan turun selebat2nya turut menangisi pemergian anak kami.

Sungguh.. Cukup berat ujian dariNya buat kami sekeluarga. Namun, kami redha dgn ketentuan dariNya dan syukur dgn nikmat dalam ujian ni.

MIKHAEL SUFYAN ANAK YG TERPILIH UNTUK JADI ANAK SYURGA dan kami IBUBAPA TERPILIH UNTUK MEMILIKI ANAK SYURGA.

Allahuakbar. Perkara yg paling mommy takutkan selama ni, berlaku akhirnya. Kehilangan seseorang yg sgt sgt sgt kami sayangi. Moga Allah ganti dgn sebesar2 ganjaran dan hikmah buat kami sekeluarga dan dititipkan ketabahan, kesabaran, ubati kerinduan dan kesedihan ni untuk harungi kehidupan mendatang. Aamin in sha allah.

Terima kasih buat semua yg bersama2 kami dari awal hingga akhir urusan. Mohon sedekahkan AL FATIHAH untuk #MikhaelSufyan yea bila ade kelapangan. Terima kasih.

Update 8/4/18:

Terima kasih atas doa kalian semua. Sememangnya membantu sy lebih kuat menerima kehilangan. Maaf belum ade kekuatan untuk bls komen ws dll. Hati dan jiwa masih rapuh lagi2 dlm usaha pulihkan semangat anak sulung #MelissaSofea yg juga rindukan adik kesayangannya. 😞

Saya terbaca ramai yg bertanya ttg buaian. Sy mmg tidak gunakan buaian utk anak2 di rumah sendiri tetapi atas permintaan babysitter utk mudahkan urusan menjaga anak saya bersama anak2 asuhan lain, saya benarkan untuk anak saya diletakkan di dalam buaian. Setahu saya buaian yg digunakan di rumah babysitter jenis berlubang tanpa bantal.

Berbalik pd hari kejadian.. Arwah dihantar ke rumah babysitter dlm keadaan aktif, happy, hanya selsema. Malah, malam sebelumnya merupakan hari pertama arwah berdiri sendiri tanpa support. Saja nak buat mommydaddy happy kot. 😔

Anyway, hasil postmortem, paru2 arwah banyak lendir dan itu jadi asbab arwah mudah sesak nafas dan lemas bila terlangkup di dalam buaian. Sedangkan memang habit tidurnya mengiring atau meniarap. Mcm yg sy katakan, itu semua asbab untuk pemergiannya yg sememangnya telah tertulis. Mungkin Allah tau saya xcukup kuat jika arwah anak pergi sewaktu dlm jagaan saya, maka diambil kesayangan saya sewaktu dia bersama orang lain.

Allahuakbar… Allahuakbar…. Allahuakbar!!!

Shazzy Wanie

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!