Home / kisah / membunyikan hon dan menjerit didalam kereta, “belakang kau ada pontianak la bodoh!”

membunyikan hon dan menjerit didalam kereta, “belakang kau ada pontianak la bodoh!”

Beliau tidak memakai helmet dan dibelakangnya terdapat sosok wanita berpakaian putih lusuh dan berambut panjang sedang memboncengnyaSalam pembaca sekalian. Menyesal aku hon, menyesal! Malam itu aku dan isteri memang mahu bermalam dirumah mertuaku. Tetapi kerana terdapat perselisihan faham yang kecil, aku dan isteri disuruh pulang kerumah. Kami memohon maaf dan pulang dengan hati yang gusar. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Isteriku menangis teresak-esak disebelah. “Asyik-asyik mak nampak salah kita kang bang?” Bebel isteriku. Aku tidak menjawab, hanya keluhan berat yang aku paculkan untuk menamatkan perbualan. 5 minit kemudian isteriku tertidur dan air matanya telah kering dipipi. Mungkin air matanya juga turut tidur.

 

 

 

Kereta Toyota Altis milik isteriku laju kupandu diatas jalan raya. Meredah malam yang diterangi lampu jalan yang tidak begitu terang. Isteriku sudah lena dibuai mimpi yang aku pun tidak mengerti mimpi jenis apakah yang isteriku mimpikan. Suasana jalan raya di Jalan Gambang, ini sungguh sunyi dan hening sekali. Sesekali terlihat 2, 3 buah kereta melintasi keretaku dengan laju tanpa menghiraukan segala benda. Aku hanya menumpukan perhatian pada pemanduan. Tidak sabar aku mahu pulang kerumah dan menghenyakkan tubuhku diatas tilam empuk dan sekaligus menidurkan diriku, Semasa aku sedang fokus memandu kereta, terdapat seorang pemuda yang menunggang motorsikal EX5 melintasi keretaku. Beliau tidak memakai helmet dan dibelakangnya terdapat sosok wanita berpakaian putih lusuh dan berambut panjang sedang memboncengnya. Aku terus mengejutkan isteriku. “Sayang! Tengok tu! Orang ke apa tu?”

Mata isteriku terbeliak dan berkata, “Ya Allah bang, ni budak-budak saja nak buat takut ke apa ni bang?” Tangan isteriku menggigil. “Hon bang! Hon!” Desak isteriku. Aku tanpa banyak bicara terus membunyikan hon berkali-kali untuk menyedarkan penunggang motorsikal itu yang dibelakangnya terdapat sosok entiti yang diam seperti patung. Penunggang motorsikal memalingkan mukanya kepada aku dan isteri. Aku terus hon dan aku menghalakan jari telunjukku kearah mahkluk itu. Penunggang motorsikal tiba-tiba naik berang dan menaikkan jari tengahnya kepadaku. Aku tidak berani untuk memintas motorsikal yang dibonceng mahkluk itu. Aku hanya tidak serik membunyikan hon dan menjerit didalam kereta, “belakang kau ada pontianak la bodoh!”

Usai sahaja aku berteriak begitu sambil membunyikan hon, mahkluk mengerikan itu terbang dan mendarat diatas bumbung keretaku. Aku dan isteri terkejut bukan kepalang. Isteriku menjerit histeria. Jantungku berdegup kencang. Aku hampir sahaja kemalangan. Nasib baik aku agak cekap mengendalikan kenderaan. Aku tanpa banyak bicara terus memandu dengan laju ingin pulang kerumah. Aku dan isteri hanya diam membisu didalam kereta. Apabila tiba dirumah, aku terus berlari keluar dari kereta dan melaungkan azan. Isteriku menangis didalam kereta. Aku agak pelik kerana pontianak berambut panjang itu sudah tidak kelihatan sejak aku keluar dari kereta.

Aku memaksa isteriku keluar dari kereta dan masuk kedalam rumah. Isteriku turut sahaja arahanku sambil menangis. Aku masih berada diluar sambil memerhati sekeliling. Tiba-tiba keberanian aku muncul untuk mencari dimanakah pontianak tadi bersembunyi. Mataku melilau mencari diatas pokok tetapi langsung tidak nampak bayang seekor pontianak. Aku menjerit sekuat hati, “kau ingat aku takut! Aku sikit pun tak takut dengan kau!” Setelah 10 minit aku diluar. Aku dengan muka berani masuk kedalam rumah dan mengunci pintu. Semasa aku masuk kedalam bilik, aku melihat isteriku duduk bersimpuh diatas katil sambil menyikat rambut dan mulutnya menyanyikan lagu Melayu lama dengan merdu sekali. “Kenapa dengan sayang ni!” Sergah aku dengan kuat. Tiba-tiba isteriku besuara lembut, “tidak usah mencari, kelak datang sendiri.”

Malam itu isteriku histeria bagai nak gila. Bapa dan mak mertua aku datang untuk membantu. Seorang ustaz muda yang bernama Amsyar telah datang dan mengubati isteriku. Setelah azan subuh berkumadang, barulah keadaan isteriku pulih seperti biasa. Ustaz Amsyar memberitahu bahawa isteriku terkena sampuk biasa kerana melintasi kawasan ‘dia’. Selepas kejadian itu, aku dan isteri menjalani kehidupan seperti biasa. Tetapi yang membuatkan bulu romaku berdiri ialah isteriku kerap menyanyikan lagu Melayu lama semasa tidur dimalam hari. Aku biarkan sahaja isteriku menyanyi. Setelah habis menyanyi dia pasti akan berkata, “tidak usah mencari, kelak datang sendiri.”

Kisah rumah tangga

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!