Home / sedih / mayat ‘membonceng’ di belakang penunggang motosikal untuk dibawa ke rumah mayat

mayat ‘membonceng’ di belakang penunggang motosikal untuk dibawa ke rumah mayat

 

Kinshasha: Gambar yang tersebar di Facebook menunjukkan mayat ‘membonceng’ di belakang penunggang motosikal untuk dibawa ke rumah mayat dan seterusnya ke tempat pengebumian.

Naij.com melaporkan pengguna Facebook bernama PK Kasrim itu memuat naik gambar menunjukkan mayat membonceng penunggang digelar boda boda – iaitu motosikal digunakan sebagai teksi – dengan dibungkus kain hijau serta diikat wayar untuk memastikan mayat tidak jatuh.

Menurutnya, penunggang boda boda memilih cara itu untuk membuat wang tambahan, malah didakwa amalan biasa di Republik Demokratik Congo (DRC).

Dia tidak menyatakan kenapa keluarga si mati memilih kaedah itu untuk memindahkan mereka, tetapi beberapa tahun lalu amalan sama dikatakan digunakan di Uganda oleh keluarga miskin yang tidak mampu mendapatkan kenderaan sewajarnya bagi menguruskan pengebumian orang tersayang.

Perkara itu mencetuskan debat pengguna Internet yang mempersoalkan sejauh mana perbuatan berkenaan satu penghinaan untuk si mati. Bagaimanapun tidak kurang juga menganggap ia cara sahih untuk meraih pendapatan malah mampu memberi keuntungan tinggi.

Seorang lagi pengguna Facebook, Tam Jam turut mengongsikan gambar berkenaan bersertakan keterangan bahawa ia menjadi sumber pendapatan ramai belia di DRC, malah lebih menguntungkan daripada membawa manusia hidup.

Sementara itu, laislanews berkata, amalan itu sudah lama dilakukan keluarga miskin di Uganda yang tidak mampu menyewa kenderaan jenazah untuk membawa si mati.

Portal berita sde.co memetik seorang lelaki mengaku terpaksa menggunakan boda boda kerana tiada pilihan lain, namun bernasib baik apabila mayat si mati masih lembut dan boleh diboncengkan atas motosikal.

“Gereja pun tidak dapat membantu. Jadi kami tiada pilihan untuk membawanya ke tanah perkuburan selain diboncengkan atas motosikal. Namun untuk mengelak masalah kami melakukannya pada waktu malam,” katanya.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!