Home / kisah rumah tangga / Masa umur 4 tahun aku ‘disentuh’ bapa saudara sekarang aku jadi tempat ‘pemuas’ bapa tiri pula – gadis trauma

Masa umur 4 tahun aku ‘disentuh’ bapa saudara sekarang aku jadi tempat ‘pemuas’ bapa tiri pula – gadis trauma

Masa umur 4 tahun aku 'disentuh' bapa saudara sekarang aku jadi tempat pemuas nafsu bapa tiri pula - gadis trauma
Masa umur 4 tahun aku ‘disentuh’ bapa saudara sekarang aku jadi tempat pemuas nafsu bapa tiri pula – gadis trauma

Masa umur 4 tahun aku ‘disentuh’ bapa saudara sekarang aku jadi tempat pemuas nafsu bapa tiri pula – gadis trauma | TRAUMA.!!Aku ceritakan ini bukanlah untuk menagih simpati. Niat di hati hanya ingin berkongsi. Seandainya admin sudi, bolehlah postkan cerita ini. Untuk peringatan buat semua ibu bapa di luar sana. Jangan pernah percayakan sesiapa walaupun saudara sendiri.

Aku pernah terbaca suatu artikel,kenapa kita boleh ingat memori semasa kecil. Antara satunya adalah kerana trauma yang pernah kita lalui. Benda yang tak sepatutnya berlaku pada budak seusia 3 tahun.

Sewaktu kecil aku dijaga oleh bapa saudaraku. Beza umur kami tidak terlalu jauh. Tapi siapa sangka dalam dia menjaga aku, dijadikan juga aku mangsa pelampias nafsu. Waktu itu aku masih kecil. Tak tahu apa-apa. Belum mengerti apa yang berlaku. Ianya berlaku setiap kali ibu dan bapa tiada di rumah.

Hinggalah ibu dan ayah bercerai. Perkara ini tiada siapa yang tahu. Apalah malang nasibku apabila berumur 4 tahun dicabul pula oleh pakcik saudara. Juga masa itu aku belum faham semua itu. Aku ingat itu perkara biasa.

Ibu berkahwin lain. Aku dapat adik baru hasil perkahwinan ibu dengan ayah tiri. Dan ketika aku di darjah 5 , adik beradik sebapaku yang lain pulang ke kampung .

Dan aku lah yang menjaga adikku yg paling bongsu. Aku sangka aku sudah terselamat dari apa-apa bencana kerana pada masa itu aku dijaga oleh ibu dan bapa tiriku. Cuma pada sebelah pagi ibu tiada di rumah kerana bekerja di luar. Aku dicabul pula oleh bapa tiri. Dia mengugut aku untuk tidak memberitahu ibu dengan alasan akan memukul aku.

Berat bahu aku menghadapi semua ini. Aku tidak mampu beritahu ibu kerana takut berlaku lagi penceraian. Aku tidak mahu adikku merasai kehilangan kasih sayang seorang bapa. Aku diamkan perkara ini dan langsung tak ku khabar kepada sesiapa . sejak peristiwa itu, aku selalu melepak di rumah kawan. Rumah sendiri tidak menjamin keselamatan aku. Aku sering mengelak bertembung dengan bapa tiri.

Aku kongsikan ini semua bukan untuk menagih simpati, aku tahu ramai ibu-ibu bekerja pada masa ini. Tapi harus ingat jangan lupa perhati perubahan ank-anak anda. Trauma yang saya alami masih berbekas hingga kini. Ya saya sudah bersuami kini. Hanya bahagian dicabul ayah tiri saja saya ceritakan padanya.

Bukan saya tidak pernah terfikir untuk tuntut keadilan bagi semua ini tapi apa gunanya. Mereka sudah hidup bahagia dengan keluarga masing-masing. Perlukah saya menghancurkan semua itu? Sya pernah menyalahkan takdir tapi saya tahu perancangan Allah itu hebat. Biarlah saya tuntut semuanya di akhirat.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!