Home / politik / Malunya! tak diterima oleh PPBM ini tindakan yang mengejutkan Adik Shahidan Kassim

Malunya! tak diterima oleh PPBM ini tindakan yang mengejutkan Adik Shahidan Kassim

Malunya! tak diterima oleh PPBM ini tindakan yang mengejutkan Adik Shahidan Kassim | PETALING JAYA: Adun Tambun Tulang Datuk Ismail Kassim memutuskan untuk menyertai PKR, selepas hasratnya menyertai PPBM tidak kesampaian setelah meninggalkan Umno dan Barisan Nasional.

video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah

Ismail yang juga adik Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, keputusan menyertai PKR itu dibuat selepas tertarik dengan cara parti berkenaan diurus tadbir.

“Saya lihat PPBM Perlis terdapat unsur yang ada dalam parti lama saya, jadi sebab itu saya tidak berminat. Jika saya mahu seperti itu lebih baik sertai Umno, bahkan saya ada jawatan.

“Saya bukan rasmi lagi menjadi ahli PKR, baru sahaja mengisi borang selepas diajak setiausaha Pakatan Harapan Kedah yang minta saya masuk PKR,” katanya kepada FMT.

Difahamkan, Ismail memutuskan untuk menyertai PKR Kedah di Pokok Sena, namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada pucuk pimpinan PKR negeri itu dan pusat.

Ismail berkata, tujuannya memohon menjadi ahli PKR di Kedah adalah kerana tidak melihat banyak saingan dan ancaman kepada mana-mana pihak dalam parti berkenaan di negeri itu.

“Saya masuk di Kedah kerana tidak ada saingan pada sesiapa, tidak ada yang merasakan kemasukan saya ini suatu ancaman atau boleh menyekat peluang mereka meningkat,” katanya.

Antara sebab lain yang menyebabkan Ismail tertarik kepada PKR ialah gabungan kepimpinan lama dan baru dalam parti itu mengamalkan konsep musyawarah.

“Pertamanya gabungan antara orang berpengalaman, orang lama dan orang baru, seronok saya lihat mereka bekerja. Kedua, gabungan pemimpin lama dan baru ini bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Selain itu katanya, beliau sendiri tidak asing kepada pucuk pimpinan PKR Kedah memandangkan pemimpin seperti Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail dan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul adalah rakan lamanya.

 

PKR Kedah: Permohonan adik Shahidan belum diluluskan

PETALING JAYA: PKR Kedah hari ini berkata, Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim belum menjadi ahli parti itu.

Pengerusinya, Dr Azman Ismail berkata, walaupun adik bekas menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim baru menghantar borang keahlian, tetapi permohonannya belum diluluskan.

“Kalau dia diluluskan, baru dia boleh diterima menjadi ahli. Bukan dia isi borang terus jadi ahli, tidak,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Ismail meninggalkan Barisan Nasional pada 19 Jun lalu dan menyuarakan hasrat menyertai PPBM, tetapi Ketua Pakatan Harapan (PH) dan PPBM Perlis, Amier Hassan berkata, pihaknya membuka pintu kepada orang kebanyakan dan ahli Umno terpilih, tetapi tidak mahu mengimport bekas pemimpin Umno seperti Ismail kerana bimbang mereka akan mencemarkan parti.

Hari ini, Ismail dilaporkan berkata, setiausaha Pakatan Harapan Kedah mempelawanya menyertai PKR.

Katanya, beliau menghantar borang penyertaan kepada PKR kerana tertarik dengan cara parti itu diurus tadbir dan tidak melihat banyak saingan serta ancaman kepada mana-mana pihak dalam parti di negeri itu.

Difahamkan, Ismail memutuskan untuk menyertai PKR Kedah di Pokok Sena, namun sehingga kini belum mendapat maklum balas daripada pucuk pimpinan PKR negeri itu dan pusat.

Terdahulu, PKR Perlis mempersoalkan tindakan setiausaha PKR Kedah menerima borang keahlian Ismail, walaupun PH sepakat tidak akan menerima penyertaan wakil rakyat Umno.

Mengulas lanjut, Azman berkata, tindakan PKR Kedah menerima borang Ismail tidak bermakna apa-apa kerana Biro Politik PKR yang akan meluluskan permohonan itu.

“Kalau terima pun yang luluskan pusat, bukan Kedah.”

Beliau bagaimanapun enggan menjawab soalan sama ada Ismail akan diterima parti, di sebalik bantahan PKR Perlis.

 

Tiada tempat untuk Ismail dalam PPBM

 

KANGAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perlis menolak hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim, menyertai parti itu selepas mengisytiharkan keluar UMNO malam tadi.

Pengerusi PPBM Perlis, Amier Hassan, berkata parti itu tidak memerlukan pemimpin dari UMNO untuk menyertai parti itu.

Malah, katanya Ismail yang juga adik kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, perlu melihat kemampuan dirinya dahulu sekiranya ingin menyertai PPBM di Perlis.

“Parti ini sudah kukuh dari segi struktur kepemimpinan di dalam negeri ini, meskipun kita (Pakatan Harapan) kalah di Perlis, perbezaan majoriti undi tidak begitu ketara dengan Barisan Nasional (BN).

“Jadi kita tidak perlukan pemimpin UMNO untuk menyertai parti ini kerana dia perlu melihat semula matlamat asalnya dalam perjuangan politik,” katanya.

Menurut Amier, tindakan Ismail yang mahu menyertai PPBM juga menunjukkan dirinya sendiri tidak mempunyai pendirian tetap dan setia terhadap parti lamanya.

“Dia sendiri sudah menyatakan secara terangan bahawa sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk kepemimpinan UMNO.

“Jika dia betul-betul mahu bercakap soal perjuangan, sepatutnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lagi dia sudah buat keputusan ini.

“Ini apabila sudah kalah baru mahu menyatakan sokongan, jadi saya tak mahu sentuh sekiranya beliau (Ismail) mempunyai agenda yang tersendiri dengan keputusan yang dibuat,” katanya.

Amier berkata, PPBM tidak perlukan pemimpin UMNO untuk menyertai PPBM kerana ia boleh menyerapkan budaya dan amalan rasuah ke dalam parti itu.

“Kita sudah ada banyak calon dan pemimpin yang lebih berwibawa dari dia (Ismail), jadi tiada tempat untuknya dalam parti ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!