Home / hiburan / Malang Berganda! Lavida Coin Pula Disiasat Suruhanjaya Sekuriti

Malang Berganda! Lavida Coin Pula Disiasat Suruhanjaya Sekuriti

Lavida Coin masuk senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia menyenaraikan pengendali terbitan mata wang kripto Lavida Coin, VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies) dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan bank pusat itu.

 

 

Senarai Amaran Pengguna Kewangan itu merujuk kepada syarikat dan laman web yang tidak dibenar atau dilulus mengikut undang-undang serta peraturan berkaitan yang ditadbir BNM.

Turut disenaraikan adalah laman web berkaitan penawaran Lavida Coin iaitu luxgalaxies.com dan www.lavidacoin.com

Berdasarkan penyenaraian terkini itu, BNM kini sudah menyenaraikan 423 syarikat dalam Amaran Penggunaan Kewangan.

Berdasarkan Amaran Pengguna Kewangan yang dikeluarkan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia mengikut undang-undang berkaitan.

Hanya institusi kewangan iaitu bank, syarikat insurans, pengendali takaful, penggurup wang, penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan pemborong mata wang (kini perniagaan perkhidmatan wang) diberikan lesen oleh BNM.

Semalam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata, ia sedang memantau maklumat sedia ada mengenai mata wang kripto Lavida Coin bagi menentukan sama ada wujud sebarang perlanggaran undang-undang sekuriti.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan sebarang skim pelaburan terutama yang membabitkan mata wang kripto dan token digital.

“Kami sudah pun menerima pertanyaan mengenai penerbitan kertas putih bagi penawaran Lavida Coin kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan.

Kertas putih itu mendakwa Lavida Coin ditawarkan sebagai inisiatif pembiayaan swasta bagi pengumpulan modal atau dana bernilai untuk pembangunan tiga projek dan hanya pembiayaan ramai saja yang dapat memenuhi keperluan pembiayaan terbabit.

Sebelum ini, Datuk Seri Vida (DSV) memperkenalkan mata wang digital atau kripto dikenali Lavida Coin pada harga yang ditetapkan iaitu 1 LVC bersamaan AS$0.66 (RM2.71).

Menurut ahli perniagaan dan selebriti itu, ia ditawarkan pada harga serendah RM99 bagi 30 unit Lavida Coin sehingga RM9,900 (3,000 Lavida Coin) dan urus niaga dijalankan dalam Ringgit Malaysia, Dolar Singapura, Dolar Brunei dan Dolar Amerika Syarikat (AS).

 

M Junai HD Nanti dia org kata..alas semua dengki tak nak tengok org melayu brjaya
TheSong AndMe 1 LVC bersamaan AS$0.66 (RM2.71) 🤤🤤 baik trade saham dari bende sampah ni. Dah kaya dan nak kaya lagi. Tamak. Allah uji dia.

Mohd Iqbal Bin Mohsin Masih lagi orang percaya benda2 mcm ni. Lepas tu meraung mengadu kat PPIM. Kesian PPIM

Jafni Jep Acah2 saham, tp heran x penah turun, asyik naik ja. Copy paste mface punya cara..

bharian.com
PERHATIAN :

 

 

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!