Home / kesihatan / Mak, kenapa perut kakak buncit?kakak kuat makan, sebab tu perut kakak buncit

Mak, kenapa perut kakak buncit?kakak kuat makan, sebab tu perut kakak buncit

Mak, kenapa perut kakak buncit?
.

Sekiranya anak perempuan mengadu, berilah perhatian.

 

 

video hiasan saja

Jangan ambik mudah, ” kakak kuat makan, sebab tu perut kakak buncit.”

Itu bulan lepas. 2, 3 kali kakak cakap begitu. Jawapan mak sama, tak tengok perut kakak betul betul.

Bulan ni, kakak mengadu lagi, ” mak , kenapa perut kakak makin buncit?”

Baru emak tengok dan pegang. Mengeletar tangan mak pegang, buncit perut kakak lain macam.

” kakak ada datang period tak?”

” kakak tak ingat.”

” jom, kita pergi klinik, biar doktor tengok perut kakak.”

Emak pun bawa kakak pergi klinik swasta. Doktor terus pegang dan scan perut kakak.

” ada baby dalam perut kakak, sebab tu buncit.”

Terperanjat emak, bila tahu buncit perut anaknya ada janin. Terkesima dan terkedu, tidak dapat berkata apa apa.

Terus emak bawa kakak ke Balai Polis. Kakak baru 17 tahun. Kakak ni safih. Masa kanak kanak, kakak pernah didainosa sebagai OKU. Bila doktor bagitahu emak ciri ciri lembam anaknya, emak tidak boleh terima dan tidak meneruskan rawatan untuk disahkan .

Dalam soal siasat oleh pegawai penyiasat, lebih menjurus untuk menyalahkan pihak mangsa. Walaupun diberikan maklumat nama mangsa yang dikenali melalui media sosial aplikasi wechat, tidak ada sebarang tangkapan dilakukan. Alasan maklumat pelaku tidak lengkap. Maka terlepaslah pelaku, trauma mangsa.

Bila saya tanya, ” tahukah akibat zina?”

Geleng kepala, ” zina tu apa?”

” masa selepas lelaki tu rogol, ada mandi wajib?”

” tak. ”

” bulan puasa hari ti, ada puasà.?

” kadang kadang puasa, ada tak puasa.”

” pandai solat?”

Diam

” solat tak di rumah?”

Geleng . ( dua makna : tidak solat atau tidak tahu mengerjakan solat)

.

Pesanan buat emak emak di luar sana, ambiklah perhatian akan anak perempuan kita. Ajar anak solat dari mereka masih kecil. Sekiranya anak lambat atau tidak dapat menangkap pelajaran solat, tetap ajar dan suruh. Suruh tu bagi ingat, bila masuk waktu solat, bersolat. Tidak tahu kewajiban emak ajar anak solat ikut kemampuan dia mengerjakan.

.

Mangsa telah disahkan mengandung 20 minggu dan selepas membuat laporan polis, pegawai penyiasat membawa mangsa ke hospital. Pegawai polis berkenaan yang menyarankan mangsa dimasukkan ke Baitus Solehah.

.

Tanggungjawap kami untuk melindungi mangsa sehingga selamat melahirkan anak. Moga moga Allah memudahkan urusan kami dan merahmati kami semua.

.

Mak Liza
Baitus Solehah
 

PERHATIAN

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!