Home / semasa / Laporan Audit dedahkan kerajaan Najib buat pembaziran wang rakyat RM61.55 juta

Laporan Audit dedahkan kerajaan Najib buat pembaziran wang rakyat RM61.55 juta

Laporan Audit dedahkan kerajaan Najib buat pembaziran wang rakyat RM61.55 juta | KUALA LUMPUR: Terdapat pembaziran dana awam sebanyak RM61.55 juta apabila 2 marina yang dibina kerajaan sebelum ini tidak beroperasi setelah siap dibina dan tidak pernah dikunjungi pelayar, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1.

Menurut laporan itu, marina Kuala Kedah tidak pernah beroperasi sejak siap dibina pada 2003, manakala marina Pulau Mentagor di Perak tidak mencatatkan sebarang kemasukan kapal layar sejak mula beroperasi pada 2010.

Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 menyatakan 3 lagi marina awam di Johor, Pulau Pinang dan Pahang turut menghentikan operasi, dengan 2 daripadanya mengalami kerosakan serius pada struktur pontun.
Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 menyatakan 3 lagi marina awam di Johor, Pulau Pinang dan Pahang turut menghentikan operasi, dengan 2 daripadanya mengalami kerosakan serius pada struktur pontun.

Dua lagi marina awam, iaitu di Muar, Johor dan marina Tanjong City di Pulau Pinang pula menghentikan operasi apabila mengalami kerosakan serius pada struktur pontun, manakala marina Tanjung Gemok di Pahang yang berhenti operasi diserahkan untuk kegunaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Semua marina awam yang dinyatakan itu antara 11 projek marina awam di bawah Rancangan Malaysia ke-8 dan Rancangan Malaysia ke-9 yang menelan belanja keseluruhan RM323.16 juta.

Laporan itu berkata, kelemahan dalam perancangan penyediaan infrastruktur bagi pendaratan kapal rekreasi merupakan antara punca kegagalan mencapai objektif keseluruhan pembinaan marina awam.

Selain itu, tiada perancangan promosi yang komprehensif juga menyebabkan marina awam tidak dapat diperkenalkan kepada komuniti pelayar suluruh dunia.

Pasukan audit turut mengesyorkan Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Jabatan Laut Malaysia menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman bagi menyiasat isu menjurus kepada kecuaian penjawat awam.

Ketiga-tiga badan berkepentingan itu juga perlu mengkaji serta membuat keputusan mengenai hala tuju baru marina awam dan merancang sumber kewangan, manusia, penyenggaraan dan aktiviti promosi.

pada pemerintahan BN dahulu Najib dan Rosmah dikenali pemimpin yang suka membazir perkongsian artikel daripada blog keadilandaily pada tahun 20016 buatkan ramai tak percaya

Guna wang rakyat risik perkahwinan anak, kelakuan Najib hodoh dan buruk- Dr Dzul

Perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan wang rakyat untuk tujuan merisik perkahwinan anak perempuannya ketika rombongan lawatan ke Kazakhstan dianggap sebagai kelakuan yang hodoh dan buruk.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penggunaan wang rakyat bagi tujuan peribadi adalah sangat salah dari segi moral. Katanya lagi, ia bukan pertama kali Najib membazirkan wang rakyat untuk urusan peribadi dan keluarga.

“Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

“Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari,” katanya sambil mengingatkan sejarah Islam tentang pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang tidak pernah menggunakan harta rakyat, walaupun hanya sebatang lilin.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dijadual berkahwin dengan seorang pembesar Kazakhstan.

Menurut Dzulkefly, sekiranya Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur benar-benar bertanggungjawab, mereka perlu menyusun jadual cuti untuk urusan peribadi, bukan mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.

“Hentikanlah, cukuplah tu..susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan…bila kepimpinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk,” katanya sambil menambah perbuatan mereka itu sebagai langkah yang ‘tidak ada kelas langsung’.

Katanya, tidak salah bagi Najib merisik perkahwinan anaknya tetapi sepatutnya menggunakan wang sendiri dan tidak mengambil cuti rasmi bagi tujuan peribadi.

Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula meminta Najib supaya menjelaskan perkara itu kerana ia melibatkan dana awam.

“Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.

“Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.,” kata beliau seperti dilapor Harakahdaily.

video sekadar hiasan sumber artikel dipetik daripada freemalaysiatoday

 

 

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!