Home / politik / Khairi Jamaluddin akan di pecat daripada UMNO

Khairi Jamaluddin akan di pecat daripada UMNO

Khairi Jamaluddin akan di pecat daripada UMNO  | sebelum ini tular di media sosial apabila UMNO yang baru sahaja menjadi pembangkang setelah memerintah 60 tahun bertindak keluar dewan sebagai tanda bantahan tidak puas hati perlantikan speaker,

video sekadar hiasan lihat video sebenar  dibawah

Apa yang mengejutkan tindakan ahli UMNO dan PAS tersebut tidak dapat pengaruhi oleh KJ dan Anifah Aman. Mereka tetap di bangku dewan rakyat hinggakan KJ menjadi mangsa troll nnetizen di facebook

ikuti berita penuh punca KJ tidak keluar dewan

KUALA LUMPUR: UMNO bersikap terbuka dengan tindakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak bersama ahli Parlimen pembangkang untuk keluar Dewan Rakyat bagi membantah prosedur pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan Khairy itu adalah pilihan peribadi beliau kerana tidak mengetahui keputusan yang dicapai pembangkang berhubung tindakan keluar Dewan Rakyat itu.

“Beliau (Khairy) tidak hadir pada majlis taklimat Ahli Parlimen pembangkang malam tadi…mungkin beliau bersiap sedia untuk mengikuti perlawanan akhir Piala Dunia kerana beliau peminat bola…,” katanya pada sidang media di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Khairy Jamaluddin yang menjadi antara Ahli Parlimen pembangkang yang tidak keluar Dewan Rakyat membantah prosedur pelantikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Difahamkan, Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Bebas-Masjid Tanah) yang sebelum ini bekas Ketua Puteri UMNO turut mengambil pendirian sama dengan Khairy untuk tidak bertindak keluar daripada dewan.

Annuar menjelaskan UMNO di bawah kepemimpinan Presiden baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil pendekatan terbuka mendengar pandangan peribadi ahli parti serta meraikan perbezaan pendapat.

Katanya, beliau menghormati pendapat peribadi Khairy berhubung pendiriannya untuk kekal di dalam dewan bagi menghormati Dewan Rakyat dalam kejadian pagi tadi.

“Itu pandangan peribadi beliau dan keputusan kami semua untuk keluar Dewan Rakyat dicapai melalui persetujuan bersama antara lima parti komponen Barisan Nasional (BN) bersama PAS. Beliau seharusnya turut menghormati pandangan parti yang sudah dipersetujui secara konsensus…terpulang kepada beliau,” katanya.

Sementara itu, Annuar menjelaskan peristiwa keluar Dewan Rakyat pada aturan mesyuarat kedua itu dibuat bukan kerana pembangkang memboikot pelantikan Mohamad Ariff, sebaliknya membantah tindakan Setiausaha Dewan Rakyat yang tidak memberi ruang kepada pembangkang bersuara mengenai prosedur pelantikan Speaker Dewan Rakyat.

“Oleh kerana itu, kami pembangkang keluar untuk bercakap dengan media bagi menjelaskan rasa tidak puas hati kami terhadap prosedur pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dibuat tidak mengikut peraturan mesyuarat Persidangan Dewan Rakyat.

“Keputusan untuk keluar dewan itu diputuskan pada majlis taklimat malam tadi kerana kami pembangkang bersetuju bahawa pelantikan ini perkara serius kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat dilantik bagi memastikan peraturan mesyuarat diikuti ahli Parlimen, mana mungkin Speaker boleh menjalankan tugas apabila pelantikannya tidak mengikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau menjelaskan timbul keraguan dalam kalangan pembangkang mengenai prosedur pelantikan yang tidak dibuat dalam tempoh 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.

“Kami mengikuti laporan media mengenai perkara ini, malah sehingga semalam Kerajaan Pakatan Harapan tidak dapat menamakan Speaker.

“Pelantikan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh menjadi rahsia kerana peraturan menetapkan 14 hari sebelum persidangan hari pertama, perlu ada notis bertulis dan diberikan orang yang dicalonkan.

“Orang yang dicalonkan perlu menyatakan persetujuan, itu sebab tidak boleh rahsia, lebih meragukan lagi apabila Mohamad Ariff menyatakan beliau tidak tahu dan tidak mendapat surat lantikan. Dengan pengakuan beliau pada Jumaat itu, bermakna notis tidak dikeluarkan dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memaklumkan bahawa Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah mengesahkan sendiri kepadanya tidak menerima nama calon Speaker selepas tarikh akhir pencalonan 2 Julai lalu.

“Kenyataan Setiausaha Dewan Rakyat ini selari dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa nama calon Speaker belum diputuskan lagi selepas tarikh akhir 2 Julai seperti dilaporkan media arus perdana,” katanya.

KHAIRI JAMALUDDIN AKAN DI PECAT DARI UMNO JIKA MELAKUKAN SEKALI LAGI

susulan itu UMNO akan mengambil tindakan memecat KJ jika beliau melakukan perkara seperti ini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!