Home / kesihatan / #Kesiannya! Wajah comel bertukar ngeri angkara alat solek murah

#Kesiannya! Wajah comel bertukar ngeri angkara alat solek murah

#Kesiannya! Wajah comel bertukar ngeri angkara alat solek murah

KISAH ini wajar dijadikan pengajaran buat semua. Jangan kerana nak serba-serbi murah anak yang jadi mangsa.

Seorang ibu di Illinois, Amerika Syarikat berniat menghias wajah anaknya dengan mekap. Mungkin memikirkan anaknya itu masih kecil, dia guna alat solek yang murah.

Kesudahannya cukup menyedihkan. Wajah comel kanak-kanak itu bertukar menjadi ngeri.

Kylie Craven berkongsi di facebook foto wajah anaknya Lydia selepas menggunakan set alat solek murah yang dibelinya.

Set itu termasuk, gincu, pemerah pipi dan pengilat bibir. Pada labelnya tertera ‘tidak memudaratkan’ dan ‘tidak mengandungi toksik’.

Namun selepas 24 jam, Lydia mengalami alahan teruk termasuk ruam, lecur dan bengkak pada wajahya mengakibatkan kanak-kanak itu terpaksa bermalam di wad kanak-kanak hospital.

Lydia sukar untuk makan selama beberapa hari berikutan rekahan pada bibirnya.

Kylie dalam catatan di facebooknya menyatakan dia kini berasa sedikit lega apabila anaknya itu beransur sembuh.

Alat solek murah atau tiruan mudah didapati di pasaran negara kita. Malah ia turut dijual di kaki lima. Jangan kerana hanya nak bergaya anda mengundang mudarat dan sesalan di kemudian hari.

Agensi | Diterjemahkan oleh: Nazim Chee
Diterbitkan pada Mac 25, 2018 21:46 MYT #AstroAwani

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!