Home / semasa / Kerajaan Tak boleh memaksa wanita islam untuk memakai tudung kata Dr Ahmad Farouk Musa

Kerajaan Tak boleh memaksa wanita islam untuk memakai tudung kata Dr Ahmad Farouk Musa

Kerajaan Tak boleh memaksa wanita islam untuk memakai tudung kata  Dr Ahmad Farouk Musa
Kerajaan Tak boleh memaksa wanita islam untuk memakai tudung kata Dr Ahmad Farouk Musa

Kerajaan Tak boleh memaksa wanita islam untuk memakai tudung kata Dr Ahmad Farouk Musa | KUALA LUMPUR: Aktivis lantang Dr Ahmad Farouk Musa menyeru neutraliti keagamaan dalam pentadbiran negara, mengatakan perlu ada keseimbangan antara agama dan sekularisme.

Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) berkata neutraliti keagamaan bukan bermakna prinsip Islam tidak relevan dalam merumuskan undang-undang dan dasar awam.

Beliau berkata IRF juga tidak menyeru kepada sebuah negara sekular mengikut acuan Mustafa Kemal di Turki atau rejim Ba’ath di Syria dan Iraq.

“Usaha-usaha autoritarian sebegitu pasti gagal kerana ia perlu dikekalkan secara paksa, dan juga tidak boleh diterima kerana bercanggah dengan prinsip Islam,” katanya di satu forum membincangkan hala tuju negara selepas pilihan raya akan datang.

Farouk berkata neutraliti keagamaan akan melindungi kebebasan individu.

Mengambil isu pemakaian wanita Islam sebagai contoh, beliau berkata kerajaan sepatutnya tidak mencampuri urusan itu termasuk pemakaian hijab.

Beliau berkata keadaan di Kelantan bawah PAS berlaku sebaliknya.

“Kerajaan mahu mentafsir Islam dan menguatkuasakan tafsiran mereka ke atas orang lain,” tambahnya.

Farouk mempersoalkan mereka yang menyeru kepada pelaksanaan syariah, mengatakan mereka tersilap apabila menganggap tafsiran ulama sebagai undang-undang Tuhan.

“Sebenarnya, itu tafsiran ulama,” katanya, dan menambah ada sarjana Islam cuba menghidupkan kembali keadaan di Madinah 1,400 tahun dahulu, di mana Nabi Muhammad mewujudkan sebuah komuniti Islam.

“Apabila mereka kata tafsiran mereka syariah, ia menjadi undang-undang Tuhan. Mereka kata jangan pertikai. Itulah masalah sebenarnya.”

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!