Home / semasa / Kenyataan Berani m4ti Tuan Amir Danau pada ayahanda-ayahanda melayu buat mereka panas telingga!

Kenyataan Berani m4ti Tuan Amir Danau pada ayahanda-ayahanda melayu buat mereka panas telingga!

KAU KEJAR TITLE ? SEBENARNYA KAU NAK APA DARI TITLE?

Kita tengok dekat Malaysia, Ayahanda naik macam cendawan tumbuh lepas hujan. NGO sana beratus ayahanda, NGO sini beratus ayahanda. Silap-silap kalau kau pergi kedai mamak tu, meja depan, kiri, kanan, belakang semua tu ada sorang Ayahanda. Banyak nak mampos. Semua cerita perjuangan sana perjuangan sini.

Eh kejap, cuba kau tanya sorang dua aney dalam kedai mamak tu. Mana tau ada yang baru naik ayahanda jugak ke kan.

Bila kita tengok pada realiti, tetap masih ramai ahli biasa yang akhirnya kecewa dan cuci tangan. Bukan main ramai Ayahanda pun banyak lagi ke orang kecewa?

Makin bertambah ramai rupanya. Masih banyak lagi ketirisan, penindasan sesama sendiri. Masih konsep MLM. Paling atas paling kaya yang bawah di kerah kudrat untuk menyelesakan orang atas. Kau nak kerah orang tu boleh, make sure kau ada dana untuk bayar setiap kudrat yang kau dah kerah tu.

Nak sembang adik beradik tiada caj? Eh kepala bana lah. Try tengok kalau adik kau bagi order dekat kau suruh pergi sana pergi sini tanpa caj tengok. Mampu ke tak mampu kau layan.

Bangsa lain dah mula ubah konsep. Sudah mula yang atas fokus bagi adik-adik di bawah cari makan. Buka peluang tambah income dan pelbagai lagi usaha untuk bagi adik-adik ada duit bulanan. Yang berniaga bila naik jadi brother, perniagaan yang dah menjadi tu siap ada saluran dana tetap ikut percent pada kumpulan. Nak bagi kewangan kumpulan tu mantap untuk cover apa-apa kos emergency yang jadi pada adik-adik.

Kita pulak masih dengan konsep pau orang bawah. Kita makan sendiri kita, bila orang bawah cari makan, kita nak percent juga. Atas alasan, diorang ni pakai payung kau. Bila orang bawah nak kena kutip, nak kena rembat, kita pulak buat bangang taknak terlibat padahal nama ada sekali terselit dalam share. Padu tak?

Bukanlah semua, tapi ramai. Dia boleh buat duit RM50 bahagi 5 orang. Dapatlah sorang RM10. Termasuk dia. Nampak adil tak? Tapi dah bahagi pun ada keuntungan terselindung, dia boleh untung RM30 walaupun dah bahagi ke 5 orang. Bermakna lepas bahagi tu sebenarnya dia dapat RM40 tanpa orang lain tahu. Teknik ni power. Kena belajar. Paling penting konfiden dan bagi orang nampak kau gentle dulu awal-awal. Dah konfiden, barulah GAME ON.

Entah sampai bila nak berterusan macam ni. Sudah lah sembang pasal perjuangan. Temberang kuat. Cakap je lah kau nampak lubuk duit. Dah nampak mangsa-mangsa yang kau nak sedut duit dia.

Baru-baru ini aku di bagi ruang untuk bercakap sepatah dua kata pada sahabat-sahabat baru dalam perjuangan. Aku cuma pesan sikit je.

“Di Malaysia, kita boleh lihat beratus NGO melayu naik. Dan permasalahan sama yang terus berulang. Apa isunya? Isu Kuasa dan Duit. Dua isu ni cukup buat melayu kita pecah belah dan berderet yang kecewa. Dari dulu. Lalu lahirlah ramai pengkhianat yang belagak Hero. Kan?Habis je semua pecah belah last sekali kita tolak salah dekat siapa? salahkan Cinalah apa lagi. Ni je cara nak tutup kelemahan kita. Kan? Eh Rendang, belajarlah pulak salahkan diri kita sendiri. Baru kita akan belajar sesuatu dari kegagalan yang berabad berakar umbi ni..”

Sudah-sudahlah. Malu netizen tengok tu. Setakat dahi ada tatoo lepas tu jadi pengkhianat sebab kejar duit, nak pedajal bebudak baru, baik pergi mati.

Jangan lah terasa. Kalau kita rasa kita dah buat yang terbaik, alhamdulillah. Teruskan. Yang naik Ayahanda sebab nak makan kaw-kaw sensorang dan nak orang lain tak berani usik kau tu, Gudluck.

Kau yang spesis playsafe dan penakut. Kau pun naik Ayahanda jugak? Allahu. Malapetaka apa lagi ni.

Apapun, masih ada yang ikhlas, yang betul-betul nak bantu ramai manusia tapi apakan daya, yang ikhlas selalunya tewas di pusingan pertama. Di lanyak sekumpulan yang risau kesundalannya terbongkar.

Gua yang menulis,
Tuan Amir Danau

P/s : Nak pegang kuasa kena amanah, kena keras pertahankan hak keluarga dan otak tak sempit. Tak boleh perasan bagus sangat. Zaman kau je betul ni dah tamat. Dan bukan senang-senang bagi orang lain cabul adik beradik semata nak jaga periuk nasi kau. Kalau tahu penakut, jadi lah pengikut bukan kepala. Baru ramai lagi terselamat dari wayang yang bahaya.

 

 

PERHATIAN

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!