Home / kesihatan / kentut di hadapan pasangan akan membuatkan hubungan lebih tahan lama- Kajian

kentut di hadapan pasangan akan membuatkan hubungan lebih tahan lama- Kajian

Kentut Depan Pasangan Buat Hubungan Tahan Lebih Lama. Eh,Biar Betul?

Kentut Depan Pasangan Buat Hubungan Tahan Lebih Lama. Eh,Biar Betul? Bila tengok tajuk, rasa geli pun ada tapi apa yang mungkin ramai tidak tahu mengenai kentut? Kentut adalah mekanisme tubuh yang menandakan bahawa metabolisma kita sihat. Beberapa kajian juga mendapati bahawa kentut di hadapan pasangan akan membuatkan hubungan lebih tahan lama.

Mungkin tak ramai yang berani buat macam tu. Ada pasangan yang boleh menerimanya dan ada juga yang menganggap kentut dianggap perkara yang menjijikkan dan kurang sopan. Ini beberapa kajian yang menunjukkan mengapa kentut di hadapan pasangan membuatkan hubungan lebih bahagia dan bertahan lama.

Kentut membuktikan anda selesa dengan pasangan

Jika anda selesa untuk melepaskan kentut di hadapan pasangan ini bermakna anda tidak menyorokkan apa-apa atau berahsia dengan pasangan. Kita selalu nak nampak sempurna di hadapan pasangan tapi kita tak tahu yang sebenarnya dia juga perlu menerima kita keseluruhannya. Jadi apa salahnya kita uji mereka dengan cara ini sekali sekala kan?

Kentut menguji penerimaan pasangan

Penulis buku Psikologi Keluarga Leah DeCesare mengatakan bahawa hubungan yang sihat dalam keluarga merupakan satu ketulusan dan kepercayaan. Kenyataan yang dikutip dari Ozock ini menyatakan bahawa ketulusan itu dalam erti memahami apa-apa jua keadaan pasangan. Jadi, lepas ini kalau pasangan anda kentut di hadapan anda anggaplah ia sebagai satu lawak dan bahan jenaka. Terimalah setulus hati walaupun baunya kalau boleh nak lari keluar rumah!

Lebih selesa bersama pasangan

Leah Decesare mengatakan bahawa detik-detik pertama dalam perkahwina yang membuatkan suaminya rasa selesa adalah ketika kali pertama dia kentut di depan suaminya. Apabila anda bertindak sedemikian rupa, anda akan lebih rasa bebas untuk melakukan apa sahaja di hadapan pasangan anda.

Kentut adalah perkara semula jadi manusia

Perempuan selalu nak nampak cantik dan lelaki pula selalu nak kelihatan gentleman. Kentut sebenarnya tak mengubah keadaan menjadi sebaliknya. Kentut adalah perkara semula jadi seperti gelak, menangis dan makan. Harus diingatkan, kalau agak-agak anda rasa kentut anda bakal menggegarkan kawasan tersebut dengan baunya, at least, beritahu pasangan anda siap-siap. Mungkin dia boleh bersedia!

Lepas proses kentut selesai, meriahkan hubungan anda dengan ketawa bersama-sama. Mungkin ini boleh dimasukkan dalam memori manis anda berdua.

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!