Home / semasa / kemasukan 80,000 pekerja asing, Ini tindakan Muhyiddin terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

kemasukan 80,000 pekerja asing, Ini tindakan Muhyiddin terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

kemasukan 80,000 pekerja asing, Ini tindakan Muhyiddin terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri | KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi taklimat kepada beliau mengenai dakwaan kemasukan 80,000 pekerja asing ke Malaysia beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke-14.

petikan video youtube Pekerja asing: Muhyiddin nafi didatangi sindiket baca artikel penuh dibawah

Menteri Dalam Negeri itu berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan sistem kemasukan pekerja asing ke negara ini untuk mengaut keuntungan.

“Saya juga telah mengarahkan supaya pelaksanaan kelulusan ini, jika ada, ditangguhkan dahulu sehingga saya diberikan taklimat terperinci mengenainya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Muhyiddin, sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang dan menjejaskan kepentingan negara akan diambil tindakan tegas.

Sementara itu, Muhyiddin menafikan bahawa beliau mengenali indivitu bernama Dato’ Amin yang dikatakan terlibat dalam sindiket kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia yang tular di laman media sosial

“Tidak ada apa-apa perbincangan antara saya dan individu tersebut mengenai kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

Muhyiddin sertai operasi tahan PATI

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini turut serta dalam operasi terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dijalankan di Jalan Petaling, di sini.

Operasi yang bermula jam 4 petang itu dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.Seramai 330 warga asing diperiksa dalam operasi itu dan 170 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan.

Muhyiddin yang pertama kali turun padang dalam operasi itu selepas dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri berkata, operasi itu bertujuan membanteras masalah PATI demi kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan negara.

“Semua warga asing yang ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen seperti tidak memiliki permit sah dan tinggal lebih masa,” katanya.Yang turut serta, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

 

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!