Home / semasa / Kejadian sebenar culik budak sekolah di bangi! – Wajib baca

Kejadian sebenar culik budak sekolah di bangi! – Wajib baca

Kejadian sebenar culik di bangi! - Wajib baca
Kejadian sebenar culik di bangi! – Wajib baca

Kejadian sebenar culik di bangi! – Wajib baca  | KUALA LUMPUR 7 Sept. – Video mengenai cubaan culik seorang kanak-kanak di hadapan sekolahnya yang tular sejak semalam dalam laman sosial bukan kejadian berlaku di negara ini sebaliknya di luar negara.

Video berdurasi 21 saat yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki didatangi sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) itu merupakan kejadian yang berlaku di Afrika Selatan.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, susulan penularan video terbabit, seorang wa­nita yang juga merupakan ibu kepada seorang murid tahun 5 di sebuah sekolah di Bangi, Selangor tampil membuat laporan polis semalam.

Ujarnya, wanita terbabit mendakwa, ketika anaknya bersama dua lagi rakannya berada di luar pagar sekolah, mereka didatangi tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta sebelum menawarkan gula-gula.

“Berikutan itu, anak mangsa bersama dua rakannya melarikan diri daripada kumpulan tersebut selain mendakwa mereka turut dikejar suspek.

“Siasatan lanjut telah dilakukan di sekolah terbabit dan berdasarkan ketera­ngan saksi bebas yang berada di tempat kejadian, mereka tidak mengetahui kejadian sebagaimana dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Dzaffir memberitahu, semakan di lokasi kejadian turut mendapati tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.

“Semakan ke atas rakaman CCTV yang tular dalam media sosial yang dikaitkan dengan kejadian tersebut juga mendapati bukan rakaman di sekitar kawasan dilaporkan.

“Walau bagaimanapun, pihak kita amat peka dengan laporan polis yang dibuat serta maklumat disalurkan oleh orang awam. Tindakan proaktif akan diambil dengan meningkatkan rondaan di sekitar kawasan kejadian dan sekolah berkenaan,” jelasnya.

Tular di aplikasi WhatsApp hari ini mengenai dakwaan seorang murid sekolah di Bangi hampir diculik sekumpulan lelaki.

Wanita terbabit turut berkongsi maklumat mengenai kejadian dengan memuat naik satu kenyataan dalam laman sosial dan meminta ibu bapa supaya berhati-hati.-utusan

 

Namun ibu dan bapa juga dinasihatkan agar tidak terlalu leka dengan handfon hingga abaikan kanak-kanak buktinya anda lihat sendiri diri anda dimanakah anak anda ketika ini? atau cuba ke mall atau pasar malam lihat ibu bapa yang leka dengan telefon anak-anak buat tak tahu.

ikuti perkongsian lain berkaitan kanak-kanak diculik

Kanak-kanak 7 tahun nyaris diculik lelaki warga asing di pasar malam

Seorang lelaki warga Rohingya ditahan kerana dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, lapor China Press.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah pasar malam di Kuala Kangsar, Perak, ibu mangsa sedang sibuk berniaga sayur-sayurannya tiba-tiba terdengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat di belakang lori sebelum meminta suaminya pergi memeriksa apa yang berlaku.

Bapa mangsa, Wong, 51, berkata, sebaik saja ke belakang lori dia ternampak ada seorang lelaki muda menarik tangan anaknya secara paksaan.

Bimbang dengan keselamatan anak perempuannya, Wong segera menghalang lelaki itu dan meminta bantuan orang ramai untuk datang membantunya.

Difahamkan, lelaki terbabit berusia 21 tahun itu merupakan pelarian Rohingya yang baru saja keluar dari kem pelarian dua tahun lalu. Suspek kini menetap di Kuala Kangsar dan menyara kehidupannya dengan mencari dan menjual sisa-sisa buangan.

Selepas ditangkap dan diikat oleh orang awam, suspek menjelaskan bahawa dia sekadar mahu merakam gambar bersama mangsa.

Difahamkan sebelum kejadian itu, suspek ada membeli sayur-sayuran dari gerai keluarga mangsa dan secara senyap-senyap telah menyelinap masuk ke bahagian belakang lori.

 

 

PERHATIAN

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!