Home / semasa / Kedai Roti tutup, Ini sindiran pedas Najib kepada Mahathir

Kedai Roti tutup, Ini sindiran pedas Najib kepada Mahathir

Kedai Roti tutup, Ini sindiran pedas Najib kepada Mahathir
Kedai Roti tutup, Ini sindiran pedas Najib kepada Mahathir

Kedai Roti tutup, Ini sindiran pedas Najib kepada Mahathir  | SUBANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad selepas kedai roti yang dikaitkan dengannya, The Loaf, ditutup.

Tanpa menyebut nama Pengerusi Pakatan Harapan itu, Najib kehairanan Barisan Nasional dipersalahkan dalam penutupan francais itu.

“Yang paling pelik baru-baru ini kedai roti yang lingkup pun mereka nak salahkan BN. Kedai roti yang lingkup, terpaksa tutup pun salah perdana menteri.

“Tak masuk akal. Ramai anak Majlis Amanah Rakyat (Mara) meniaga tak lingkup. Ini buat kedai roti lingkup,” katanya ketika berucap di Majlis Himpunan Saya Anak Mara di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia di Universiti Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata beliau mahu menjual francais bakeri The Loaf bagi membantu kewangan kempen pilihan raya parti pimpinannya tetapi gagal mendapat pembeli.

“Saya tidak mendapat pembeli…dan saya juga tidak mampu menampung kerugian, jadi saya terpaksa menutupnya,” katanya lapor akhbar The Straits Times Singapura sewaktu mengadakan “walkabout” di Langkawi semalam.

Bekas perdana menteri itu yang kini mengetuai pakatan pembangkang 4 parti, Pakatan Harapan, berkata, seorang bakal pembeli didatangi pegawai lembaga hasil dalam negeri yang “menuntut beliau membayar banyak cukai”.

“Beginilah caranya kerajaan menekan rakyat supaya tidak menyokong pembangkang,” katanya kepada akhbar itu.

Mengulas lanjut, Najib berkata penutupan perniagaan itu bukan salah perdana menteri dan kerajaan.

“Semua salah orang lain. Peristiwa Memali salah orang lain. Rugi RM31 bilion (skandal mata wang asing) salah orang lain. Maminco (skandal pembelian bijih timah) salah orang lain. Malaysia Airlines nak lingkup pun salah orang lain.

“Proton nak lingkup pun salah orang lain. Kedai roti tutup pun salah orang lain,” katanya.

Najib mahu politik seperti itu dihentikan dan beliau mahu orang ramai yakin pada Umno dan BN.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!