Home / kisah / ‘Kapal selam’ mini siap diuji, sedia dihantar dalam masa 17 jam..Jangan Terkejut

‘Kapal selam’ mini siap diuji, sedia dihantar dalam masa 17 jam..Jangan Terkejut

Misi Menyelamat Di Gua – ‘Kapal selam’ mini siap diuji, sedia dihantar dalam masa 17 jam..Jangan Terkejut Bila Tahu Idea Ini Datang Dari Mana ELON Musk berkongsi video ‘kapal selam mini’ yang dicadangkan pada Ahad bertujuan sebagai peranti dalam misi menyelamat mangsa yang terperangkap di gua Tham Luang.

 

 

 

Selepas empat mangsa berjaya dikeluarkan, Musk beberapa jam lalu berkongsi video ‘kapal selam’ kecil yang diuji di kolam renang dekat Los Angeles.‘Kapal selam’ mini itu turut diuji untuk melalui kawasan yang sempit mengikut keperluannya dalam misi menyelamat mangsa di laluan mencabar di gua berkenaan.

Video berkenaan menunjukkan tiga individu berpakaian skuba sedang menguji ‘kapal selam’ berkenaan.Tiub berkenaan mempunyai diameter sepanjang 31cm dengan berat ketika kering lebih kurang 40 kilogram.“Dengan berat ini, ia mudah untuk dibawa di kawasan separa berair dalam gua berkenaan.

“Kami juga berjaya membuat rekaan yang tepat agar tidak menyebabkan laluan pada gua berkenaan tersumbat,” katanya menerusi akaun Twitter.Malah, ilustrasi penggunaan ‘kapal selam’ mini berkenaan turut dikongsikan menerusi sebuah lakaran.Pada Ahad, beliau menawarkan bantuan kepakaran jurutera daripada dua syarikat miliknya, Space X dan The Boring Company bagi membantu kerajaan Thailand.

Dengan hanya memanfaatkan akaun Twitter, Musk menjalankan proses ‘brainstorming’ serta mengumpulkan idea yang paling sesuai dengan kepakaran yang ada untuk membantu mengeluarkan kesemua 13 mangsa yang terperangkap sejauh empat kilometer di dalam gua berkenaan.Musk turut memberitahu ‘kapal selam’ mini berkenaan mengambil masa 17 jam untuk tiba di Thailand.

tvbulan

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!