Home / sedih / (gambar) Kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 6 lelaki hingga mati!

(gambar) Kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 6 lelaki hingga mati!

Kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 6 lelaki hingga mati!
Kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 6 lelaki hingga mati!

Kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 6 lelaki hingga mati! | Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dari daerah Jammu di India diberi ubat pelali dan dinodai berulang kali oleh enam lelaki, sebelum kepalanya dihentak dengan batu sehingga maut.

Pada petang 10 Januari lalu, Asifa Bano, tidak pulang ke rumah setelah diminta membawa balik kuda milik keluarganya dari sebuah padang ragut.

Lima hari kemudian mayat kanak-kanak malang itu ditemui di kawasan hutan berhampiran.

Menurut siasatan, Bano dikurung di sebuah kuil selama beberapa hari dan diberi ubat pelali sebelum didera dan dirogol berulang kali.

Anak kecil itu kemudian dicekik dan kepalanya dihentak dengan batu untuk memastikan dia tidak bernyawa sebelum mayatnya dibuang.

Sanji Ram, seorang penjaga kuil didakwa melakukan jenayah itu bersama dua anggota polis khas Deepak Khajuria dan Surender Verma, rakannya Parvesh Kumar, anak saudaranya yang masih di bawah umur, dan anaknya sendiri Vishal Jangotra.

Kes tersebut mencetuskan kemarahan komuniti Muslim Gujjar yang mendakwa jenayah itu sengaja dilakukan untuk menakutkan dan mengusir mereka dari daerah Jammu yang majoriti penduduknya beragama Hindu.- eberita.org

kes rogol di india terlalu kejam dan tidak berkeperimanusiaan ini bukan kes yang pertama sebelum ini di india juga di gegarkan dengan kisah

Bapa saudara rogol bayi lapan bulan di India

Kes keganasan seksual di negara ini semakin menjadi-jadi dan yang terbaharu melibatkan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan yang menjadi mangsa rogol bapa saudaranya di rumahnya di sini.

Menurut laporan Press Trust of India, bapa saudara mangsa yang berusia 27 tahun itu telah ditahan dan didakwa di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual yang membawa hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.

Ibu bapa mangsa bergegas mengejarkan bayi mereka ke hospital selepas mendapati kesan darah di atas katil rumah mereka sebaik sahaja pulang daripada bekerja semalam.

Akibat kejadian rogol itu bayi berkenaan mengalami kecede­raan parah dan terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam.

“Akhirnya yang buruk itu berlaku juga, bayi berusia lapan bulan dirogol secara ganas dan kini bertarung nyawa di hospital,’’ kata Ketua Suruhanjaya Untuk Wanita, Swati Maliwal menerusi Twitter selepas melawat bayi berkenaan di hospital.

Menurut Jawatankuasa Hak Asasi Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2014, satu daripada tiga mangsa rogol di India melibatkan kanak-kanak.

Pihak berkenaan turut mengeluarkan amaran berhubung penderaan seksual kanak-kanak yang berleluasa di negara ini.

Biro Laporan Jenayah Kebangsaan India memaklumkan, hampir 11,000 kes rogol melibatkan kanak-kanak dilaporkan di India pada tahun 2015.

Katanya, tiga kejadian rogol kanak-kanak berlaku setiap hari di New Delhi.

Bandar ini terkenal sebagai ibu negara ‘rogol’ India dan pernah mendapat tumpuan dunia pada tahun 2012 berikutan kejadian rogol berkumpulan melibatkan seorang penuntut perempuan. – AFP

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!