Home / hiburan / Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak- anak, rumahku nerakaku.

Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak- anak, rumahku nerakaku.

Konflik rumah tangga penyanyi bersuara lantang Ziana Zain memuncak apabila suaminya Armin Zaharin didakwa mencederakan anak mereka sehingga lebam menggunakan rotan, Februari lalu.Tidak berapa lama kemudian, penyanyi itu memfailkan tuntutan cerai terhadap Armin, setelah 20 tahun hidup bersama.
Lihat pagar pun meraung

 

video hiasan sahaja

Menurut Ziana, kehidupan dia suami isteri tidak ubah seperti hidup di neraka. Apa yang mengejutkan, seawal bulan keempat berkahwin, dia menanggung derita apabila didera secara mental oleh suaminya itu. Namun, tiada siapa yang tahu mengenainya kerana dia lebih selesa mengunci mulut.

Tiada siapa yang tahu kerana saya diajar ibu bapa untuk merahsiakan hal rumah tangga.Melihat pagar pun saya dah meraung. Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak- anak, rumahku nerakaku.20 tahun berbakti

Tambah Ziana lagi, dia sudah lama bersabar namun tahap kesabarannya sudah mencapai tahap tertinggi. Malahan, menurutnya, kerana sikap Armin yang akan melemparkan kata-kata tidak sopan di tempat awam menyebabkan anak-anak segan makan di luar.Bayangkan bagaimana saya menghadapinya. Tahap kesabaran saya sudah maksima. Anak-anak sampai tidak mahu keluar makan bersama Armin kerana malu sekiranya diherdik.

Ujarnya lagi, sebagai isteri, lebih 20 tahun dia berkhidmat untuk suami dan anak-anak. Jadi, dia meminta suaminya itu untuk merenung kembali apakah lelaki itu benar-benar menunaikan tanggungjawab kepada keluarga mereka.20 tahun saya berbakti kepadanya. Beri yang terbaik untuk dia. Walaupun bekerja, saya tetap memasak untuknya dan anak- anak.-viralterkini

ke2

RUMAH tangga penyanyi terkenal, Ziana Zain, kembali menjadi perhatian apabila wanita berusia 50 tahun itu dilaporkan sudah memfailkan penceraian.

Menurut laporan, penyanyi Madah Berhelah itu sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 3 April lalu.Namun, menurut sumber, suaminya, Armin Zaharin, 53 tahun, tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan minta kes tersebut dibawa ke jawatan kuasa pendamai.

Ziana bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas apa-apa mengenai hasratnya untuk bercerai selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.
Peguam pemerhati Ziana Zain, Luqman Mazlan memberitahu, pasangan berkenaan sudah tidak tinggal sebumbung kerana menjalani tempoh jaminan selain tidak dibenarkan mendekati keluarga anak guamnya.”Keadaan mangsa iaitu anak lelaki Ziana Zain yang dicederakan oleh Orang Kena Tuduh (OKT) masih dalam trauma,” jelasnya.

Dalam pada itu, lapor mStar Online, Mahkamah Majistret Shah Alam menangguhkan penyerahan dokumen dakwaan Armin mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu.Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh baharu serahan dokumen.

Mengikut pertuduhan, Armin didakwa dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, di antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lepas.

Pada 8 Mac lalu, mahkamah menerima permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi untuk meminda pertuduhan kepada Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.Di bawah Seksyen 326A, Armin, 53, boleh dikenakan dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan kesalahan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 324, jika sabit kesalahan dia berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.Armin dan Ziana bernikah pada 9 Mei 1998.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!