Home / sosial / Kalau abang redha bermakna abang redha perbuatan zinamu. Sesekali abang tidak akan maafmu.

Kalau abang redha bermakna abang redha perbuatan zinamu. Sesekali abang tidak akan maafmu.

Assalamualaikum admin. Minta admin hidekan profile saya. Saya seorang lelaki berumur 31tahun. Saya dah mendirikan rumahtangga lebih kurang 7tahun. Saya nak minta pendapat pada makcik/pakcik bawang semua. Ini semua berkaitan berkaitan isteri saya. Isteri saya ni bekerja sebagai operator di sebuah kilang.

 

 

 

hiasan

Saya ada download satu aplikasi di dlm App Store. Tumblr. Tujuan saya download sebab ada seorang kawan bagitahu saya yang ada video isteri saya di dalam aplikasi tersebut. Jadi dia minta saya download dan tengok sendiri. Jadi saya pun download la applikasi tu. Kawan saya siap bagi tajuk video yang perlu dicari. Bila saya buka video tu memang sah tu isteri saya. Video tanpa seurat benang sedang buat hubungan kelamin dengan lelaki yang saya sendiri tak tahu siapa.
Awalnya saya tak percaya tapi bila saya ternampak tanda pada tubuhnya jadi saya tak boleh nafikan lagi. Nak kata video edit isteri saya bukan artis, dan segala tanda dibadannya saya tahu.

Skrg ni saya tak balik rumah dah dekat 2 minggu. Saya outstation sebab kerja. Tapi bila dah dapat video ni saya rasa malas nak balik takut jadi benda bukan2. Yang buat perasaan saya terganggu sekarang ni pasal anak dalam kandungan. Saya dah waswas samaada anak saya atau anak orang yang dalam video tu.

Video tu saya ada download dan simpan. Agak agak boleh digunakan untuk mahkamah nanti tak? Saya tak tahu prosiding untuk penceraian macammana. Apa yang saya nak kena buat dulu. Sampai sekarang isteri tak tahu lagi saya macamni.
Nak kata kurang bab nafkah tak pula. Sebab kebanyakan belanja nafkah saya yang bayar. Cuma kurang dari segi perhatian je la. Maklum la saya kerja jauh. Nak balik pun kadang2 seminggu sekali bergantung pulak pada poket. Tapi saya selalu whatsapp dan video call dia walaupun keesokan hari baru dia bluetickkan saya.
Tolong ya bagitahu mcmmna saya nak buat?

Kpd isteriku: Redha abg tiada lagi denganmu. Kalau abang redha bermakna abang redha perbuatan zinamu. Sesekali abang tidak akan maafmu.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!