Home / politik / Jika Najib janji Hapuskan Tol Motosikal di Jambatan pulau pinang, Ini pula Janji PAKATAN yang lebih mengejutkan!

Jika Najib janji Hapuskan Tol Motosikal di Jambatan pulau pinang, Ini pula Janji PAKATAN yang lebih mengejutkan!

Jika Najib janji Hapuskan Tol Motosikal di Jambatan pulau pinang, Ini pula Janji PAKATAN yang lebih mengejutkan!
Jika Najib janji Hapuskan Tol Motosikal di Jambatan pulau pinang, Ini pula Janji PAKATAN yang lebih mengejutkan!

Jika Najib janji Hapuskan Tol Motosikal di Jambatan pulau pinang, Ini pula Janji PAKATAN yang lebih mengejutkan! | Janji Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang jika Barisan Nasional menang, dilihat sebagai janji tidak laku bagi penduduk negeri itu.

Menyambut ucapan Najib itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, bukan setakat tol motosikal, bahkan seluruh tol jambatan terbabit akan dimansuhkan apabila HARAPAN mengambil alih kerajaan persekutuan.

“Undi BN, hanya tol motorsikal Jambatan Pulau Pinang pertama dimansuhkan.

“Undi HARAPAN, selepas kita mengambilalih Putrajaya, semua tol Jambatan Pulau Pinang pertama akan dimansuhkan,” ujar Ketua Menteri Sementara Pulau Pinang itu di laman Facebook.

Manifesto HARAPAN menjanjikan pemansuhan tol secara berperingkat.

Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAP negeri, Steven Sim, janji untuk menghapuskan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang sudah pernah dijanjikan oleh UMNO-BN dalam pilihanraya sebelum ini.

“Perkara seperti tol Jambatan Pulau Pinang semuanya berapa di bawah bidang kuasa kerajaan pusat,” jelas beliau.

“Walaupun BN kalah di Pulau Pinang, BN masih menang di peringkat pusat dalam PRU ke-13.” – Roketkini.com

Tol motosikal mansuh jika BN rampas Pulau Pinang

BALIK PULAU: Tol bagi laluan motosikal Jambatan Pulau Pinang akan dihapuskan sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata, janji itu adalah tambahan kepada manifesto BN sebelum ini yang turut menjanjikan 65,000 rumah mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang.

“Kita juga sedia menambah bilangan rumah mampu milik yang dijanjikan akan dibina sekiranya berjaya merampas negeri ini.

“BN mempunyai rekod dan kemampuan melaksanakan semua janji yang dibuat, bukannya seperti kerajaan negeri yang mempunyai 51 janji yang belum ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Balik Pulau Bersama Perdana Menteri yang dihadiri kira-kira 10,000 penduduk di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!