Home / semasa / Jawatan Ketua Hakim Negara adalah lebih kepada jawatan simbolik.

Jawatan Ketua Hakim Negara adalah lebih kepada jawatan simbolik.

Pelantikan Tan Sri Richard Malanjum adalah inevitable dan sememangnya dijangka memandangkan beliau adalah antara Hakim Mahkamah Persekutuan yang paling kanan.Adakah Ketua Hakim Negara lebih berkuasa dalam menentukan keputusan kes?

 

 

Tidak. Ketua Hakim Negara tidak mempunyai keutamaan dalam menentukan keputusan sesuatu kes. Nilai undinya masih satu. Dan kuorum Mahkamah Persekutuan sentiasa tiga atau lebih. Jadi siapapun yang menjadi Ketua Hakim Negara, sentiasa ada sekurang-kurangnya dua lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang mempunyai undi.

Adakah Ketua Hakim Negara berhak menolak kelulusan atau pembentangan mana-mana RUU?

Tidak. Pembentangan mana-mana RUU di parlimen bergantung kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat yang berkuasa penuh ke atas perjalanan sesuatu sesi Dewan Rakyat. Hanya beliau yang boleh membenar atau tidak membenar pembentang sesuatu RUU di Parlimen. Ketua Hakim Negara bahkan tidak mempunyai hak untuk didengari di Parlimen.

Adakah Ketua Hakim Negara secara sendirinya boleh membatalkan peruntukan mana-mana Akta?

Tidak boleh. Secara sendiri beliau tidak mempunyai kuasa tersebut. Kuasa itu hanya muncul sekiranya beliau menjadi hakim yang bersidang di dalam pendengaran kes bagi menentusahkan RUU atau Akta tersebut. Dan seperti mana dinyatakan di atas, undinya tetap mempunyai nilai yang sama sebagaimana hakim lain yang turut bersidang. Di Malaysia badan kehakiman tiada kuasa untuk memulakan apa-apa prosiding bagi membatalkan apa-apa undang-undang sekalipun percanggahannya dengan Perlembagaan Persekutuan (glaring contradiction). Selagimana isu percanggahan itu tidak dibawa ke mahkamah, undang-undang itu masih dianggap sebagai sah dan terpakai. Contohnya enakman-enakmen Hudud yang diluluskan di beberapa negeri. Walaupun jelas ianya bercanggah dan melangkaui kuasa DUN, ia masih tidak dibatalkan kerana tidak pernah dicabar.

Adakah Ketua Hakim Negara boleh mewujudkan undang-undang baru?

Tidak boleh. Kuasa itu terletak pada badan legislatif, bukannya badan kehakiman. Badan kehakiman hanya mentafsirkan peruntukan undang-undang dan di Malaysia sebagai negara yang mempunyai undang-undang termasuk perlembagaan bertulis, kuasa hakim-hakim termasuklah Ketua Hakim Negara untuk mewujudkan undang-undang atau remedi baharu tidak wujud.

Tambahan: telah berlegar tulisan menyatakan bahawa Tan Sri Richard Malanjum yang membuat keputusan membatalkan keIslaman anak-anak Indira Gandhi. Ini adalah satu keanehan. Terdapat lima hakim yang bersidang di dalam kes itu dan kesemuanya sepakat memutuskan pengIslaman itu tidak sah. Nak pukul, pukul semua. Bukan hanya meletakkan kesalahan di bahu beliau seorang.

Fuad Syazwan Ramli

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!