Home / kisah / Jawapan padu Jururawat kepada wanita hamil anak luar nikah yang takut buat buku pink

Jawapan padu Jururawat kepada wanita hamil anak luar nikah yang takut buat buku pink

Jawapan padu Jururawat kepada wanita hamil anak luar nikah yang takut buat buku pink | Salam admin dan warga krt.. sy ada sorang kawan kat tempat keje.. dye tgh mengandung..tapi belum kawin.. dye ada tanya sy apa yg perlu dye buat.. dari cara dye meluah tu mmg betul2 nmpk dye buntu..menyesal mungkin..

Sy ada jgk tanya bapak budak tu masih ngn dye atau dah tinggal melesapkan diri.. dye kata masih ade lg ngn dye dan laki tu tak lari..dorang nk kawin tapi bnyk masalah yg belum selesai..

Sekarang pun kandungan dye dah nak masuk 5bulan.. dye tanya sy perlu ke dye pegi klinik nk bukak buku pink.. sy ckp mmg semua pompuan yg mengandung wajib buka buku pink..

dye takut tak boleh pastu takut misi jerit marah 1 klinik dgr nnt dye mengandung takde suami..Sy tak tau nk ckp apa lg ngn dye..sy siap ckp nk teman dye pegi klinik..tp tu je yg bermain dalam minda dye..

mmg sy sendiri pun tak tau misi marah ke tak dgn situasi dye tu..Sape kat dlam ny nurse..betul ke sapa pregnant luar nikah kena marah sampai 1 klinik dengar.

JAWAPAN DARI NETIZEN YANG BEKERJA SEBAGAI JURURAWAT

Saya midwifes staffnurse…dik ooii.kami staffnurse ade work ethic..tujuan kami rawag ibu dan rawat bayi dlm kndungan.

Sbb tu kat kaunter ade tulis las berkahwin bawa sijil nikah dan ic copy suami.Law xde sijil nikah..bawa copy ic ibu shja..Xde masa kami nk membawang dan membebel kat “single parent”..

malah kami yg akn tnya utk amik tau lebih detail utk “single parents” ni sbb kami nk educate supaya ibu jgn stress…teruskan kndungan…

kami akn bg rujukan kepada JKM jka si ibu setuju..malah dokumentasi yg jujur sbnrnya akn bnyk membantu dan memudahkan proses dan prosedur daftar masuk wad dan daftar kelahiran…

Tp…staffnurse pun manusia.Andai ade yg membawang berbisik2 sambil mulut muncung2 kepada pesakit “single parents” tu sy berharap adik fhm la yg pepatah “mulut tempayan boleh tutup..mulut org xboleh..”

 

Status Anak Luar Nikah- Bagaimana Kaedah Terbaik Untuk Berterus Terang Tentang Status Mereka?

 

Perihal anak luar nikah ini adalah amat sensitif. Ia bukan suatu yang boleh diambil ringan dan dibuka pekungnya semudah ABC.

Adakalanya berdiam dan tidak memberitahu adalah lebih baik. Oleh itu jika perlu memberitahu, maka buatlah ‘Seperti menarik rambut dari tepung, tepung tidak berserak, rambut tidak putus.’

Menurut Ibu Rose – Mesejnya Kasih masa terbaik untuk berterus terang adalah tidak umum. Ia unik untuk sesebuah keluarga dan bergantung pada pertalian di antara anak dengan ibu bapa serta adik beradiknya.

Ibu Rose merupakan Trainer Nuero Semantic-NLP yang Bertauliah. Beliau juga seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang ‘Pembangunan Modal Insan’ (Human Capital Development). Ikuti penerangan Ibu Rose tentang isu ini.

Untuk memberitahu hal sebenar; perlu dipertimbangankan kebolehan anak itu untuk ‘handle’ berita berat sebegini.

Bila kita membuka sesuatu yang merupakan Aib, apakah hukumnya? Ya, ibu bapa anak itu telah terlanjur dan bersalah. Namun, perlukah anak itu memikul stigma itu SEPANJANG HAYAT DAN KETURUNANNYA.

Fikirlah baik-baik sebelum bertindak membuka suatu rahsia yang berat ini kepada seorang individu. Apa yang boleh dielak, elakkanlah. Fahami mendalam hukum-hakam Agama dan JANGAN menggunakan Agama untuk kepuasan diri. Hanya Allah yang layak mengadili.

Dan bagi ibu bapa yang telah bertaubat, kuatkan insaf dan bermohon kepada Allah untuk jalan terbaik diberi.

Bagi yang belum, fahamilah inilah sebab Allah melarang perzinaan. Yang memikul adalah anak itu.
Waktu yang kita tahu, tidak ada jalan lain kecuali untuk berterus terang. Namun, satu perkara yang boleh memudahkan dan menggurangkan pergeseran bila rahsia ini perlu diberitahu; jalinkan perhubungan yang rapat dengan anak itu; dan beri dia merasakan dia bukan yang bersalah di sini. Nyatakan kesalan berat hati ibu bapa yang bersalah itu. Dan ingatkan bahawa, di sisi Allah dia bersih dan tidak hina. Perbuatan ibu bapa itu yang hina. Dan ibu bapa juga telah bertaubat nasuha.

Jika anak itu adalah anak luar nikah kerana ibunya mangsa rogol, maka sangat penting si anak merasakan kasih sayang si ibu dan ahli keluarga yang lain. Bila ini berlaku, kesedihannya mungkin kurang sedikit. Namun, janganlah ingat anak itu tidak akan sedih langsung.

Fahami juga reaksi sedih itu berbeza-beza. Ada yang terus marah. Ada yang memendam rasa. Ada yang menyalah ibu bapa dan mungkin lari dari keluarga. Ada yang akan menerima dengan baik. Apa sahaja reaksi mereka terimalah dengan hati terbuka dan banyak berdoa kepada yang berkuasa. Minta ditenangkan hati semua yang terlibat.

Orang yang paling dikasihi dan dipercayai oleh anak itu dan orang yang pandai menyusun kata dan bercakap dengan penuh berhemah dan kasih-sayang.
Belajarlah komunikasi berkesan. Sebab kaedah ini bukan suatu yang boleh diberi sekadar tips sahaja. Komunikasi berkesan ini adalah skil yang semua orang perlu belajar dan miliki. Ianya juga boleh dipelajari.
Yang penting jangan sekadar belajar tips; tapi belajarlah sungguh-sungguh dari mereka yang bertauliah.

Satu idea yang boleh Ibu kongsikan adalah; bila mahu berterus terang itu, ‘state’ atau keadaan diri kita mestilah tenang dan penuh rasa simpati. Bila kita tenang, maka lebih mudah kita berkomunikasi dengan lebih berkesan dan hati ke hati.
Namun, belajarlah betul-betul ilmu komunikasi ni. Banyak masalah wujud kerana ‘broken communication’.

Jika kita telah bersalah kerana keterlanjuran, bertaubat dan berazam untuk tidak menggulangi. Walaupun sudah berkahwin, zina bukan suatu yang boleh dihampiri. Jagalah aurat pergaulan. Jangan bersama dengan orang yang bukan muhrim kita di tempat yang sunyi. Kerana ternyata akan ada yang ketiga, iaitu syaitan yang telah berjanji mahu menyesatkan cucu-cicit Adam a.s.
‘Office Affairs’, adalah suatu yang sering berlaku dan melibatkan mereka yang telah berumah-tangga juga. Elakkan.

InsyaAllah ini boleh dilakukan dengan menjaga aurat pergaulan dan berpegang dengan Tali Allah.

Allah tidak kata, jangan berzina sahaja. Allah kata jangan MENGHAMPIRInya pun tak boleh.

Ibu lebih tujukan penerangan ini dari sudut Agama Islam; sebab dalam Agama Islam, kita ada hukum mengenai anak luar nikah ini. Untuk agama lain, Ibu kurang pasti. Namun, jika di barat, anak luar nikah ini adalah suatu kebiasaan. Masyarakat di sana menerimanya seperti biasa sahaja. Bagi Ibu ini bukan suatu contoh yang patut kita ambil.

Seperkara lagi, Ibu ingin ingatkan; janganlah dihina anak-anak luar nikah ini. Ingat dan insaflah bahawa kesalahan itu bukan kesalahan mereka. Kewujudan mereka tetap bersih dan indah dimata Allah. Yang tersilap adalah ibu bapa mereka dan ramai diantara mereka telah bertaubat. Oleh itu bagi yang melihat, jangan sekali menjuih mulut dan menghina walaupun di dalam hati. Kerana dikuatiri akan jatuh ke hidung sendiri.

Ingatlah bahawa yang salah dan tidak baik itu adalah perbuatan berzina itu. Jika yang melakukan telah bertaubat, siapa kita untuk menghukum lagi?

Semoga hati kita senantiasa insaf akan pengajaran dariNya.

sumber : keluarga.my

 

PERHATIAN

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!