Home / politik / Jawapan Khairuddin kenapa ahli UMNO perlu ‘haramkan’ undi Zahid Hamidi sebagai presiden

Jawapan Khairuddin kenapa ahli UMNO perlu ‘haramkan’ undi Zahid Hamidi sebagai presiden

Jawapan Khairuddin kenapa ahli UMNO perlu ‘haramkan’ undi Zahid Hamidi sebagai presiden | PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mencadangkan agar ahli Umno “diharamkan” untuk memberi undi kepada calon presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sesi pemilihan parti itu untuk sesi 2018-2021.

video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata ahli parlimen Bagan Datuk itu tidak layak menjawat jawatan presiden mana-mana parti.

“Bagi saya Tengku Razaleigh Hamzah adalah tokoh yang terbaik untuk menerajui Umno,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zahid yang kini menjadi pemangku presiden Umno akan berentap dengan Tengku Razaleigh, Khairy Jamaluddin, Mohamed Iqbal Maricair dan Mohd Yusof Musa @ Jamaludin untuk merebut jawatan presiden pada pemilihan parti itu 30 Jun ini.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata kenyataan Zahid bahawa Umno bakal menubuhkan kerajaan semula sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) hanyalah bermimpi di siang hari.

“Beliau adalah ‘desperado’ yang hanya nak menang jawatan presiden Umno sahaja.

“Ahli-ahli Umno jangan tertipu dan biarkan diri mereka diperdaya oleh Zahid Hamidi ini,” katanya.

Khairuddin mendakwa, Umno hanya akan dapat seorang presiden yang “kaki penipu” dan “tidak berintegriti” sekiranya Zahid memenangi jawatan itu.

“Apapun, parti Umno sudah terkubur tanpa nisan buat selama-lamanya dah. Sukar untuk Umno bangun semula.

“Keseluruhan rakyat sudah hilang kepercayaan pada Umno secara mutlak,” dakwanya.

Beliau berkata, kerosakan Umno terlalu besar kerana presiden parti itu sebelum ini Datuk Seri Najib Razak dan keseluruhan kepimpinan parti itu sendiri yang menghancurkan Umno.

“Siapa pun yang bakal menerajui kepimpinan Umno, parti ini tetap sukar untuk bangun semula dan tidak mustahil pertubuhan Umno ini akan hanya berfungsi sebagai satu badan kebajikan saja pada suatu hari nanti.

“Inilah arah tuju parti umno yang sebenarnya,” katanya.

Sebelum ini, Khairuddin berkata Zahid menghubunginya supaya mengatur perjumpaan dengan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, 9 Jun lalu.

Bagaimanapun, Zahid menafikan beliau merayu kepada Khairuddin untuk mengatur pertemuan dengan Dr Mahathir dan menyifatkan Khairuddin sebagai penipu.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!