Home / politik / jangan terlalu fanatik! UMNO sedia bekerjasama dengan DAP dan bantu Mahathir kata Annuar Musa

jangan terlalu fanatik! UMNO sedia bekerjasama dengan DAP dan bantu Mahathir kata Annuar Musa

jangan terlalu fanatik! UMNO sedia bekerjasama dengan DAP dan bantu Mahathir kata Annuar Musa | KUALA LUMPUR: Sebagai parti politik Umno tidak seharusnya terlalu fanatik dan ‘rigid’ sehingga menghalang parti itu bekerjasama dengan parti lain, termasuk DAP, kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Tan Sri Annuar Musa.

Calon timbalan presiden Umno itu berkata kerjasama dengan mana-mana parti boleh dilakukan, tetapi ia mestilah mempunyai titik pertemuan atau persamaan dengan Umno.

“Kita mesti lihat ke hadapan, mungkin kerjasama dengan DAP. Dengan PAS pun mungkin tidak boleh kerjasama kalau tidak ada titik persamaan.

“Kita boleh ‘bertaawun’ (bekerjasama) kalau ada titik persamaan. Ini Umno perlu tanya diri dia, PAS kena tanya diri dia dan DAP kena tanya diri dia,” katanya kepada FMT ketika ditemui di kediamannya di Bukit Damansara baru-baru ini.

Annuar yang merupakan ahli Parlimen Ketereh berkata Umno mesti terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang menyokong dasar dan bersetuju dengan perjuangkan parti itu.

Beliau berkata jika sebelum ini Umno boleh bekerjasama dengan 13 parti politik dalam Barisan Nasional (BN) yang berasaskan pelbagai kaum dan agama selama 56 tahun, maka kenapa pula Umno tidak boleh bekerjasama dengan parti lain.

“Soal kerjasama bukan sebab partinya, tetapi soal dasar dan apa yang diperjuangkan,” katanya.

Umno kerjasama dengan PKR, PPBM

Annuar berkata beliau mahu Umno mencari jalan kerjasama dengan PKR dan PPBM kerana 2 parti itu mempunyai banyak persamaan dengan Umno.

Beliau berkata PKR dan PPBBM mempunyai banyak titik persamaan dengan Umno yang memperjuangkan dan membela kedaulatan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan menegakkan serta meninggikan syiar Islam.

“Kalau PKR dan PPBM boleh tegakkan perkara ini, sebagai parti pembangkang Umno sedia bekerjasama dan menolong. Begitu juga DAP, (jika parti itu) isytihar setuju semua yang Umno perjuangkan,” katanya.

Umno sedia bantu Dr Mahathir dalam agenda Melayu, Islam

Annuar berkata Umno juga bersedia membantu Tun Dr Mahathir Mohamad jika perdana menteri ke-7 itu menghadapi masalah dalam melaksanakan agenda Melayu dan Islam.

Katanya, bagi kepentingan orang Melayu dan Islam Umno tidak boleh fanatik mahu menjaga parti dari segi kumpulan dan puak.

“Kalau Dr Mahathir kata nak bincang kita tentang masalah nak jalankan agenda orang Melayu dan umat Islam, Umno wajib membantu Dr Mahathir dan PPBM. Kita tak boleh terlalu berpuak seolah-olah tidak ada titik kerjasama,” katannya.

Perlu mendapat persetujuan ahli

Bagaimanapun kata Annuar semua pandangan itu perlulah melalui proses mendapatkan keyakinan ahli Umno dan persetujuan mereka.

Katanya, sekiranya ahli tidak oleh menerima pandangan itu, maka ia tetap tidak boleh dilaksanakan, malah mungkin ditolak parti.

“Sejarah Datuk Onn Jaafar gagal mendapat sokongan akar umbi setelah keluar Umno pada 1951 boleh dijadikan panduan dalam hal tersebut,” katanya.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!