Home / semasa / Jangan terkejut! Apabila Peguam Negara Tommy Thomas cakap melayu inilah jadinya!

Jangan terkejut! Apabila Peguam Negara Tommy Thomas cakap melayu inilah jadinya!

Jangan terkejut! Apabila Peguam Negara Tommy Thomas cakap melayu inilah jadinya! | Baru baru ini kecoh apabila dalam 1 sidang media Peguam Negara Tommy Thomas menyampaikan dalam Bahasa English dan bukan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Beliau dikecam hebat kerana tidak mampu bertutur dalam bahasa melayu dan ini kerana dia adalah Peguam Negara dan seharusnya Peguam Negara harus bertutur dalam Bahasa Kebangsaan untuk segala urusan rasmi.

Baru baru ini 1 rakaman menunjukkan Peguam Negara, Tommy Thomas menyampaikan ucapan dengan menggunakan bahasa melayu. Ucapan beliau dalam bahasa kebangsaan itu mendapat tepukan penonton di tempat tersebut.

Sebelum ini beliau pernah menyatakan akan perbaiki Bahasa Melayu beliau.
“Saya perlu memperbaik semula keupayaan Bahasa Melayu. Cuma selama 42 tahun berkhidmat dalam khidmat guaman persendirian, kebanyakan anak guam dan dokumen yang perlu saya teliti bersifat komersial.

“Saya rasa saya telah mengabaikan bahasa, jadi saya perlu gilap semula,” katanya semasa ditemui media di pejabatnya di sini. – Petikan Astro Awani


Daripada video terbaru Tommy Thomas, walaupun memang jelas dia hanya membaca di atas kertas yang telah disediakan tetapi cara pertuturan beliau dalam Bahasa Kebangsaan adalah amat baik. Munkin selepas ini beliau akan terus menggunakan bahasa kebangsaan untuk semua urusan rasmi negara. Apa pun tahniah Tommy Thomas kerana tidak menyerah dan ada usaha untuk berubah dan belajar. – KL VIRAL

Video Penuh Tommy Thomas Menggunakan Bahasa Melayu

sebelum ini peguam negara dikecam kerana tidak pandai bercakap bahasa melayu hinggakan Mufti Perlis turut menyindirnya. baca artikel penuh dibawah

Dr MAZA Sindir Peguam Negara Tidak Reti Cakap Bahasa

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sindir Peguam Negara, Tommy Thomas batal sidang medianya di lobi Mahkamah Kuala Lumpur gara-gara tidak pandai berbahasa Melayu.

Menerusi kenyataan menerusi akaun sosial Facebook rasmi tokoh agama tersebut, beliau yang mesra disapa sebagai Dr. MAZA membandingkan senario sama jika peguam negara di luar negara gagal bahasa kebangsaannya sendiri.

“Peguam Negara UK (United Kingdom) tidak dapat berbahasa Inggeris. Tentu pelik. Peguam Negara China tidak boleh berbahasa Cina. Pasti pelik. Begitu juga Peguam Negara Arab tidak boleh berbahasa Arab. Ternyata pelik.

“Peguam India tidak boleh berbahasa India (Hindi). Jelas pelik. Peguam Negara Malaysia tidak dapat berbahasa rasmi Negara Malaysia. Memanglah pelik,” tulis Mohd. Asri dalam catatan terbaharunya itu secara sinis semalam.

Beliau dipercayai merujuk tindakan Tommy terpaksa membatalkan sidang media selepas berlaku provokasi oleh penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memaksa beliau bercakap dalam Bahasa Melayu.

Umum maklum, Tommy yang dilantik dalam keadaan kontroversi bulan lalu; untuk menggantikan Tan Sri Apandi Ali, memang tidak fasih bertutur Bahasa Melayu dan sering mengadakan sidang media dalam Bahasa Inggeris.

Lebih 100 penyokong Najib turut bersorak ‘bahasa Melayu!’ ketika Tommy sedang memberi kenyataan kepada beberapa wartawan dalam bahasa Inggeris sekali memaksa beliau cari tempat lain untuk sidang media tersebut.

Malah netizen turut tular apabila media melaporkan Peguam Negara itu gagal jawab soalan mudah pemberita dalam bahasa Melayu dan sebelum itu di kamar hakim meminta pertuduhan terhadap Najib dibaca dalam bahasa Inggeris.

Ini cetus bahan jenaka dalam kalangan pengguna media sosial kerana kerajaan baharu Malaysia secara terburu-buru buat julung kalinya lantik individu yang tidak mahir bahasa kebangsaan bagi jawatan penting itu

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!