Home / semasa / Jangan ingat Siti Kassim dah selamat! Ini arahan terbaru Muhyiddin pada peguam tersebut!

Jangan ingat Siti Kassim dah selamat! Ini arahan terbaru Muhyiddin pada peguam tersebut!

Jangan ingat Siti Kassim dah selamat! Ini arahan terbaru Muhyiddin pada peguam tersebut! | MENTERI Dalam Negeri Muhyiddin Yassin meminta Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun untuk memberi laporan terperinci berhubung insiden melibatkan peguam dan aktivis Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, sebelum mengambil sebarang tindakan.

Video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah. Sumber artikel themalaysianinsight.com

Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau mengambil maklum pandangan orang ramai mengenai tindakan siasatan polis terhadap Siti Kasim berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh ibu bapa yang mengatakan bahawa anak mereka diculik.

Beliau juga mengambil maklum mengenai respons Siti Kasim bahawa pada masa tersebut, beliau bertindak sebagai peguam kepada mangsa, katanya.

“Saya bersetuju mengenai hak individu untuk mendapatkan bantuan guaman, dan hak untuk bertindak tanpa dipengaruhi atau diugut oleh mana-mana pihak.

“Bagaimanapun, sebagai menteri, saya perlu untuk mengimbangi kepentingan awam dan kepentingan individu, tanpa mengganggu siasatan polis,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau mengambil maklum bahawa permohonan polis untuk menahan reman Siti Kasim ditolak oleh mahkamah semalam.

Beliau berkata ia selari dengan konsep pembahagian kuasa, peranan mahkamah adalah untuk menentukan kesahihan tindakan polis dan untuk mengimbangi segala hak yang termaktub di bawah perlembagaan.

Semalam, Siti Kasim ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 12.40 pagi kerana dipercayai menghalang tugas penjawat awam susulan laporan polis oleh seorang wanita yang mendakwa peguam itu melarikan anak perempuannya yang berusia 24 tahun pada Khamis lepas.

Wanita berkenaan dikatakan dilarikan ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang sebelum diselamatkan pasukan polis di sebuah unit kondominium di Segambut pada Sabtu malam.

Polis membebaskan Siti Kasim setelah Mahkamah Kajang menolak permohonan reman terhadapnya.

Namun, polis masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana dakwaan menculik serta menghalang tugas penjawat awam. – Bernama, 25 Jun, 2018.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!