Home / Uncategorized / Jamal semakin gila! walaupun diburu polis namun tindakan terbaru beliau buatkan anda tak percaya!

Jamal semakin gila! walaupun diburu polis namun tindakan terbaru beliau buatkan anda tak percaya!

SUNGAI BESAR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang gagal dikesan sejak menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri sembilan hari lalu, dilaporkan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Selain jawatan peringkat sayap itu, Jamal turut menawarkan diri bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO bagi merebut jawatan terbabit.

Jamal berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima pandangan dan sokongan serta nasihat rakan-rakan seperjuangan.

“Saya Jamal Md Yunos menawarkan diri bertanding sebagai calon untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2018-2021,” katanya.

Kenyataan Jamal itu dikongsi seorang rakan beliau yang memuat naik status kenyataan Jamal itu di Facebook.

Jamal dilapor menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda dan AMT UMNO menerusi status Facebook salah seorang rakan beliau. - Foto Sinar Harian

Jamal dalam status itu turut mengulas, tujuan beliau menawarkan diri untuk bina kembali semangat perjuangan kepada semua ahli UMNO di seluruh negara.

“Marilah kita bersama-sama bangkit demi semangat perjuangan suci untuk membantu mendapatkan kembali sokongan dan kepercayaan rakyat,” katanya.

Jamal sebelum ini dilaporkan menjadi buruan polis selepas menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri, 25 Mei lalu.

Beliau didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu, ketika menerima rawatan di hospital terbabit pada jam 10.45 pagi.

Difahamkan kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang.

Selain Jamal, dua lagi nama mengumumkan bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dan Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Aksi ‘hilang’ hanya satu salah faham – Jamal Yunos

KUALA LUMPUR: Aksi ‘hilang’ Datuk Seri Jamal Md Yunos dari Hospital Sungai Buloh baru-baru ini hanya satu salah faham.

Dalam satu rakaman suara menerusi WhatsApp yang dikeluarkan bersama kenyataan peguamnya pada jam 4 pagi hari ini, Jamal berkata dia tidak berniat untuk melarikan diri dan akan beri kerjasama kepada pihak polis.

“Apa yang berlaku pada Jumaat, selepas dituduh di Majistret Shah Alam dan Ampang, saya mendapati reman saya telah habis dan jaminan atas tuduhan itu juga telah diseleasikan.

“Pada jam 3.15 petang, kerana saya sangka urusan jaminan sudah selesai, saya keluar dari hospital untuk ke Tabung Haji untuk mengeluarkan duit untuk membiayai kos reman dan sebagainya.
“Selepas selesai di Tabung Haji, saya dapat panggilan yang memberitahu saya diburu oleh pihak polis. Tetapi dalam keadaan saya kurang sihat, saya pergi berehat dahulu,” kata Jamal.

Jamal juga mengakui dia masih ada beberapa dokumen dalam surat jaminan yang tidak ditandatangani, namun menegaskan dia tidak melarikan diri daripada polis.

Dalam kenyataannya, peguam Jamal, Datuk Mohd Imran Tamrin, berkata situasi ini telah dieksploitasi dengan tanggapan negatif dan menegaskan anak guamnya akan memberikan kerjasama sewajarnya.

Pada 25 Mei lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ‘kehilangan’ Jamal itu berlaku antara pukul 5 ke 6 petang ketika pihak polis dan peguam sedang melakukan dokumentasi jaminan mahkamah.

Dalam satu kenyataan berasingan, Fadzil memberitahu, Jamal telah dituduh sebanyak tiga pertuduhan di hospital tersebut.Bagaimanapun katanya, pihak majistret telah menawarkan ikat jamin RM3,000 untuk setiap kes

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!