Home / politik / isu ‘rompakan’ RM19.25 bilion, tindakan terbaru Lim Guan Eng buatkan Najib semakin Bimbang!

isu ‘rompakan’ RM19.25 bilion, tindakan terbaru Lim Guan Eng buatkan Najib semakin Bimbang!

isu ‘rompakan’ RM19.25 bilion, tindakan terbaru Lim Guan Eng buatkan Najib semakin Bimbang! | PETALING JAYA: Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata dia akan memberi keterangan kepada polis minggu depan berkenaan dakwaan kehilangan RM19.25 bilion dalam akaun amanah GST.

Lim dalam kenyataan hari ini berkata dia menyahut cadangan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan beliau membuat satu laporan polis berhubung perkara itu.

Beliau berkata Najib tidak akan ada lagi alasan untuk tidak menjawab soalan penting berkaitan dakwaannya itu.

“Najib enggan menjawab tentang penglibatan beliau sebagai menteri kewangan dalam masalah ini dengan mengatakan saya harus membuat laporan polis.

“Polis akan mengambil keterangan saya minggu hadapan dan Najib tidak akan ada lagi alasan untuk mengelak daripada menjawab 3 soalan penting tentang kehilangan RM19.25 bilion dalam Tabung Bayaran Balik GST yang menjejaskan 121,429 syarikat dan individu.

“Kerjasama penuh dengan pihak polis menunjukkan kerajaan baharu mahu kebenaran didedahkan,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Lim mencetuskan gempar di Dewan Rakyat apabila dia menuduh BN “rompak” wang tuntutan GST daripada Kumpulan Wang Disatukan dan menyebabkan kekurangan sebanyak RM19 bilion yang tidak dibayar kepada para peniaga sejak 2015.

Jumlah wang perlu dibayar balik adalah RM9.2 bilion pada 2018, RM6.8 bilion pada 2017, RM2.8 bilion pada 2016 dan RM600 juta pada 2015.

Lim berkata kastam mengesahkan bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion setakat 31 Mei 2018 tetapi akaun amanah itu hanya mempunyai RM1.4 bilion.

Najib berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) berlindung sebalik kekebalan Parlimen dan menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam menyiasat dakwaan itu.

Bekas perdana menteri berkata kerajaan PH menyalahkan kegagalannya melaksanakan janji manifesto pilihan raya ke atas pentadbiran Barisan Nasional (BN) lepas.

Beliau juga meminta rakyat bersedia menghadapi cukai baharu yang akan kerajaan perlu perkenalkan bagi menggantikan kekurangan akibat pemansuhan GST.

Lim berkata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T Subromaniam mengesahkan kekurangan RM19.25 bilion itu tidak dipindahkan ke akaun amanah GST dalam mesyuarat bulanan yang dipengerusikan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar.

“Sungguhpun segala keputusan dibuat oleh Irwan, Najib masih memainkan peranan yang penting kerana hanya menteri kewangan mempunyai kuasa untuk meluluskan agar RM19.25 bilion tidak dipindahkan ke dalam Tabung Bayaran Balik GST ataupun bayaran balik GST tidak dibuat dalam masa dua minggu seperti yang ditetapkan oleh undang-undang,” katanya.

Tiga soalan yang diajukan Lim kepada Najib adalah:

  1. Adakah Najib meluluskan keputusan agar pembayaran balik GST tidak dibuat dalam masa 2 minggu seperti yang ditetapkan undang-undang?
  2. Adakah Najib meluluskan keputusan yang dibuat oleh Irwan untuk tidak memindahkan keseluruhan jumlah RM82.9 bilion seperti yang diminta kastam, tetapi hanya memindahkan RM63.5 bilion sejak tahun 2015; yakni kekurangan pemindahan dana sebanyak RM19.25 bilion kepada Tabung Bayaran Balik GST?
  3. Adakah Dato’ Seri Najib memberikan kelulusan agar jumlah pembayaran balik GST yang tidak dikembalikan sejak tahun 2015 dianggap sebagai hasil pendapatan kerajaan untuk digunakan secara sesuka hati?

PH menurunkan kadar GST 6% ke 0% pada 1 Jun dan cukai jualan dan perkhidmatan atau SST akan diperkenalkan pada 1 September.

VIDEO SEKADAR HIASAN ARTIKEL DIPETIK DARI FREEMALAYSIATODAY

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!