Home / kisah rumah tangga / isteri berstatus bibik-suami tidur dengan maknya,selalu berkepit 24jam dan duit gaji bagi maknya

isteri berstatus bibik-suami tidur dengan maknya,selalu berkepit 24jam dan duit gaji bagi maknya

Assalam..Min.. hide profile..
Sy pernah post 2,3 hari lepas pasal suami biarkan sy tidur sorang2, dan dia pergi tidur dgn emaknya.

Hari ni plak, dia balik lagi ke rumah emaknya. Jarak rumah kami 50KM. Gaji dia dah habis licin. Tadi dia pinjam duit sy RM100. Pinjam katanya, y lepas2 x pernah bayar.

Sy ni makan hati je tiap masa. Dia terlalu lebihkan emak dia. Bulan ni, seminggu mak dia datang tinggal ngn kami. Suami bila mak dia datang rumah, dia akan beli lauk sedap2. Sehari tu budget utk laun basah je Rm50-Rm70. Kalau ngn isteri, jgn harap dia nak beli sedap2. Bnyaknya makan telur ngn ikan selar kuning je.

Bila cakap pasal suami lebihkan emak sendiri berbanding isteri, mesti ramai y akak kecam sy dan fikir saya ni isteri dan menantu y x baik. X pe. Hnya org y ada kt situasi sy je y akan faham persaan ni. Selama ni sy layan mertua lebih dari sy layan emak ayah kandung sy. Sbb taatkan suami.

Sy ni hanya dapat makan sedap2 bila balik rumah org tua sy je. Itu pun jarang balik rumah org tua sy. Bnyaknya balik rumah mertua je. Bila balik rumah org tua sndri dapat la merasa makan sedap2 ckit. Suami sy selalu beli itu ini utk emak dia. Tapi ngn isteri, klau x minta belikan, jgn harap dia nak beli. Dia selalu je bawak balik buah tngan, biasanya buah-buahan la. Bawa balik ke rumah kami pun utk di bawa balik semula ke rumah emaknya keesokan hari. Suami ni driver lori. 2-3 hari sekali dia akan cuti. Bila cuti dia akan balik rumah emaknya. Buah-buahan y dia beli tu hanya utk emak dia. X pernah pun dia beli utk isteri. Dan sy pendam je persaan ni. Sy x pernah cakap apa2.

2 minggu lepas, sblum mak dia datang rumah kami. Dia siap pesan awal2 pada sy, ” Jgn minum milo dan susu tu..dah ada sikit kan.. simpan utk mak..mak nk datang..x kan nak buat teh o je kat mak ”

Allahh..😭😭
Sedihnya rasa hati ni min. Sy isteri dia min. Tapi dia layan sy macam bibik je. Makan minum pun bersyarat. X pe lah. Sy sabar je.

Tiap2 bulan dia akan bagi duit nafkah kt emak dia dlm Rm100-Rm200. Tiap kali balik rumah emak dia, sy akan beli lauk pauk. Buah tngan tu x kan miss. Jadi budget utk emak dia setiap bulan ada la dlm Rm400 total semua. Kami ada komitmen dah dalam Rm1200. Situ dah Rm1600. Tambah tolak tinggal la dlm rm1400. Gaji suami 3K. dgn rm1400 tu lah kami survive. Suami kerja driver lori. Bnyak makan kt kedai. Banyak duit habis utk keperluan dia. Suami ni jg jenis y x pernah tolak permintaan emak dia. Asal emak dia cakap nak makan itu ini terus je beli. Tapi kalu ngn isteri sendiri. Bila cakap terliur nak makan itu ini. Dia akan cakap “nanti la bila ada duit lebih”. Last2 sy wat2 lupa je. Dan x kan minta2 lagi.

Sy makan hati sgt2. Sedih sgt2. ALLAH shja y tahu perasaan sy. Duit x de je selalu. Tapi suami berbelanja utk mak dia macam kami duit x habis nak makan. Sy ni tahan je teliur nak makan apa2. Sbb tahu y kami ni x de duit. Tapi suami x pernah nk ckap kt emak dia y dia x de duit. Emak dia pun seronoklah anak belikan macam2. X pe lah. Sy sabar je. Duit org tua sy dan barang kemas sy dah puluhan ribu habis sy gunakan sejak kawin. Duit org tua sy, sy y tolong simpankan. Bila terdesak sy minta pinjam. Tapi smpai skrg x terbayar. Sy hadap je semua ni.

3 tahun dah sy sabar. Sy x kerja. Sy ada degree. Tapi x kerja. Sbb suami x izinkan. Syarat y suami letak utk sy kerja tu myukarkan sy utk dpat kerja. Macam sy terpaksa memilih kerja. Jadi, sy x kerja lah sejak lpas kawin ni. Sy ada buat bussiness online sikit2. Dapat la 4,5 ratus sbulan. Duit tu pun habis guna utk kperluan rumahtnga. Sy nak beli kperluan sy sendiri pun x pernah cukup walhal itu duit titik peluh sy sendiri.

Dalam sebulan tu x kurang 3/4 kali kami balik rumah emak dia. Bila balik rumah emak dia, dia akan tidur dgn emak dia. Dia punya manja dgn emak dia mgalahkan dia manja ngn isteri. Sampai kadang kala sy fikir, org macam dia hnya perlukan emak dia je utk hidup dia ni. Dia x perlukan isteri pun utk hidup dia. Sy makan hati y amat2 sgt. Bila sy balik rumah mak dia. Dia layan sy macam bibik. Tiap masa dia arahkan sy itu ini utk penuhi kehendak mak dia. Suruh masak itu ini, kemas sana kemas sini. Basuh itu basuh ini. Ajak pegi sana pegi sini. Bila ada y x kene dan x memuaskan hati emak dia, suami akan marah2 sy. Penat sy min. Penattttt sgt2. 😭😭

Rasa mcm x nak balik je rumah mertua. Tapi suami x berhati perut. Dia x faham isteri sendiri. Dia zalim pada isteri sendri demi nak jaga hati mak dia.

Kami pernah gaduh pasal ni. Selalu gaduh pasal emak dia ni. Last2 sy akan diugut. Ugut nak ceraikan sy. Sy fikir panjang. Sy nak pertahankan rumahtnga. Jadi sy senyap je. Sabar je. Tidur bertemankan air mata sedangkan suami lena tidur dgn emaknya.

Kadang2 terfikir, utk apa sy terus bertahan? Sedangkan jelas nampak suami macam x prlukan sy sbg isteri. Dia cuma perlukan sy sbg bibik utk dia dan emak dia.
Suami x de perangai buruk y lain. Cuma bab ni je lah.
Apa perlu sy buat? Mohon bagi cadangan y membina..sy buntu sgt2.. smpai bila nak hadap kehidupan macam ni.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!