Home / semasa / Inilah sebab mengapa pensyarah Fadi al-Batash di bunuh di Malaysia

Inilah sebab mengapa pensyarah Fadi al-Batash di bunuh di Malaysia

Inilah sebab mengapa pensyarah Fadi al-Batash di bunuh di Malaysia
Inilah sebab mengapa pensyarah Fadi al-Batash di bunuh di Malaysia

Inilah sebab mengapa pensyarah Fadi al-Batash di bunuh di Malaysia | PETALING JAYA: Pembunuhan pensyarah warga Palestin, Fadi al-Batash adalah sebahagian daripada operasi agensi pengintip dan risikan Israel, Mossad untuk menghalang Hamas daripada mendapat pengetahuan mengenai persenjataan dan kepakaran, lapor New York Times (NYT).

Akhbar itu melaporkan Ketua Mossad, Yossi Cohen mengarahkan perisiknya memusnahkan projek Hamas, di mana para saintis dan jurutera di Gaza dihantar ke luar negara untuk menimba pengetahuan dan memperoleh senjata untuk melawan Israel.

Batash dibunuh kerana “penyamarannya”, lapor akhbar itu dengan memetik pegawai risikan yang menggambarkan pensyarah itu pakar teknologi untuk sayap tentera Hamas berpangkalan di Gaza.

Beliau mungkin terlibat dalam rundingan penjanjian senjata dengan orang Korea Utara melalui Malaysia, dan seorang pegawai risikan yang tidak dikenali, dipetik sebagai berkata Batash menjadi perantara perjanjian untuk komponen komunikasi Korea Utara bagi peluru berpandu.

NYT melaporkan penghantaran ke Gaza itu bagaimanapun disekat Mesir baru-baru ini.

Batash, pensyarah kejuruteraan elektrik yang disukai ramai dan ketua keluarga bertanggungjawab, ditembak mati awal pagi Sabtu lalu dengan sekurang-kurangnya 14 das tembakan oleh 2 lelaki bermotosikal ketika dia berjalan ke surat untuk menunaikan solat subuh.

Keluarganya menyalahkan Mossad dan dakwaan itu disahkan pegawai risikan Timur Tengah kepada NYT, menurut laporan itu.

Laporan yang memetik pegawai risikan itu berkata, Batash ialah penulis bersama satu kertas kerja mengenai aplikasi dron pada 2013 dan dihantar ke Malaysia untuk menyelidik serta memperoleh sistem senjata dan dron untuk Hamas.

Pegawai yang tidak dinamakan itu memberitahu NYT, Mossad amat berminat dengan kemajuan dicapai Hamas dalam pengangkutan udara dan dasar laut tanpa pemandu kerana boleh digunakan untuk menyerang sasaran Israel dengan lebih berkesan berbanding roket digunakan Hamas semasa perang terakhir dengan Israel.

Menurut laporan itu, pegawai Malaysia tidak mahu mengulas dakwaan Batash membuat kajian atau cuba membeli sistem senjata.

NYT melaporkan sebuah khemah berkabung dipasang hujung minggu lalu di kem pelarian Jabaliya di Gaza, di mana Batash dibesarkan. Sepuluh anggota bertopeng dari Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, ditempatkan di depan khemah itu untuk menandakan kematian seorang pejuang atasan.

Kain rentang digantung di khemah itu menggambarkan Batash “komander jurutera” Briged Qassam dan “pejuang syahid kami kepada Tuhan”, lapor NYT yang memetik contoh lain, warga Palestin yang disasarkan Israel.

Israel bagaimanapun menafikan bertanggungjawab ke atas kematian Batash, dengan Menteri Pertahanannya, Avigdor Lieberman menyalahkan pembunuhan itu ke atas saingan dalam kepimpinan Palestin.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!