Home / sedih / Ibu kongsi pengalaman menakjubkan ketika melahirkan adam Rayqal

Ibu kongsi pengalaman menakjubkan ketika melahirkan adam Rayqal

Ibu kongsi pengalaman menakjubkan ketika melahirkan adam Rayqal  | Menitik air mata baca status ibu Adam yang ditulis 14 minggu lepas. Tak sempat rasa sakit tu hilang Adam dah pergi tinggalkan ibu dia.

Tenanglah kamu di Syurga Adam Rayqal. Bercampur buar perasan hari ni, dari rasa marah, geram jadi rasa sedih, pedih & pilu. Tak terbayang sakitnya perasaan ibu Adam. Semoga ibu Adam Raykal sentiasa tabah & kuat. Allah tak akan uji kita lebih dari kemampuan kita.

Punca kematian kecederaan di kepala disebabkan objek tumpul, baby 5 bulan apa la sangat yang dia buat selain terbaring, berak & minum susu. Sampai hati pengasuh buat macam tu.  Luluh dengar ibu dia meraung.

 

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person

Image may contain: 2 people

Retak tempurung kepala, pendarahan otak punca kematian Adam

SHAH ALAM: Punca kematian bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi, berusia lima bulan di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, malam kelmarin, disebabkan kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya.

“Kita masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa.

“Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui berhubung kes ini tetapi kita masih siasat perkara ini,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Fadzil berkata, bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) bermula jam 9.45 pagi tadi hingga jam 1 tengah hari.

Katanya, dengan laporan bedah siasat itu, ia sekali gus menafikan keterangan awal suspek sebelum ini bahawa bayi berkenaan tersedak susu.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata, pada hari kejadian, suspek turut mengasuh dua lagi bayi lain, namun diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.

“Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk berkemungkinan mangsa didera sebelum ditemui mati termasuk motif pembunuhan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!