Home / kisah / Ibu gadaikan nyawa terjun sungai selamatkan anak berusia 11 tahun yang diseret buaya 15 meter

Ibu gadaikan nyawa terjun sungai selamatkan anak berusia 11 tahun yang diseret buaya 15 meter

Ibu gadaikan nyawa terjun sungai selamatkan anak berusia 11 tahun yang diseret buaya 15 meter | Jambi (Indonesia): Seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawa apabila nekad terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anak lelakinya berusia 11 tahun yang diheret buaya sejauh 15 meter ketika turun mengambil air untuk menyiram pokok bunga di halaman rumah mereka.

video petikan dari youtube sekadar hiasan sahaja baca artikel penuh dibawah

Detik News melaporkan, dalam kejadian jam 10.30 malam (waktu tempatan), Sabtu lalu, di Kelurahan Teluk Dawan, Kabupaten Tanjung Jabung Timur, Jambi, Rasmi Dawan, 37, tidak berfikir panjang terus terjun dan berenang menyelamatkan anaknya Yadi Putra yang diterkam buaya di lengan kiri dan diheret ke dalam air.

“Saya beranikan diri menyelam ke sungai untuk merebut anak daripada gigitan buaya itu. Tiba-tiba tanpa disangka, buaya itu melepaskan gigitannya.

“Ketika itu saya tidak peduli langsung jika ada buaya lain menyerang kerana cuma mahu menyelamatkan anak yang sudah terseret 15 meter,” katanya.

Katanya, sungai itu memang mempunyai buaya, namun Yadi tidak melihat haiwan yang menerkamnya disebabkan keadaan gelap.

Menurut Tribun, penduduk kampung yang mendengar kekecohan itu kemudian membantu membawa Yadi yang cedera teruk pada tangan kirinya ke hospital untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Bahagian Wilayah III BKSDA Jambi, Faried berkata, satu pasukan dikerahkan ke sungai itu untuk menangkap dan memindahkan buaya berkenaan.

“Sungai itu memang habitat buaya, malah pernah ada kejadian penduduk dibunuh haiwan itu pada 2010,” katanya.

Keberanian Rasmi mendapat perhatian umum dengan Ketua Polis Resor Tanjung Jabung Timur, Superintendan Marinus Marantika Sitepu memberikan penghargaan kepadanya dalam satu upacara sempena Hari Bhayangkara ke-72 di lapangan Polres Tanjabtim.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!