Home / islam / Hukum BERS3TUBUH di bulan puasa yang wajib suami isteri tahu!

Hukum BERS3TUBUH di bulan puasa yang wajib suami isteri tahu!

Hukum BERS3TUBUH di bulan puasa yang wajib suami isteri tahu!

MAKNA PUASA :

1.Dari segi bahasa:

Puasa beerti menahan diri daripada sesuatu

2. Dari segi syarak

Puasa beerti menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Dimulakan dengan niat puasa, dengan niat berpuasa, kerana mangharapkan keredaan Allah S.W.T.

Dari segi makna syarak sudah jelas menyatakan erti puasa iaitu ‘menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa…..”. Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa ?

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA:

1. makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari diri berpuasa.

2.memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang tebuka

3.keluar haid atau nifas

4.gila

5.murtad

6.mengeluarkan mani dengan sengaja

7.bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan Ramdhan )

KIFARAT / KAFFARAH ( denda )

Tajuk entri di atas ditekankan pada perkara yang membatalkan puasa yang ke 7 iaitu bersetubuh/berjimak (melakukan hubungan kelamin bagi suami isteri pada siang hari dibulan Ramadhan).

Apakah hukumnya ??

Hukumnya ialah haram, berdosa besar dan dilaknat tetapi tidak jatuh zina kerana sudah sah menjadi suami isteri. Jadi dikenakan kifarat (denda) atau dalam bahasa arab disebut kaffarah. Kifarat/kaffarah hanya dikenakan kepada SUAMI sahaja. Manakala isteri hanya perlu mengqada’ hanya 1 hari puasa.

Erti kifarat / kaffarah :

-orang yang bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan, maka ke dua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada’ puasa berkenaan dan SUAMI SAHAJA wajib membayar kifarat seperti:

1.memerdekakan seorang hamba mukmin lelaki atau perempuan (sekiranya tidak mampu)

2.berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)

3.memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

TETAPI TAHUKAH ANDA , ADA SEBAB SUAMI ISTERI YANG JIMAK DI SIANG HARI BULAN RAMADHAN TIDAK DIKENAKAN KIFARAH/KAFFARAH ( DENDA )?

Hal ini disebabkan oleh suami dan isteri tersebut tidak puasa dibulan Ramadhan atau telah membatalkan puasa terlebih dahulu sebelum jimak/ bersetubuh. Jika suami isteri tersebut membatalkan puasa dengan cara berjimak/bersetubuh maka, ia wajib dikenakan kiffarah (denda).

Tetapi jika suami isteri tersebut membatalkan puasa dengan cara lain iaitu makan atau minum terlebih dahulu (bukan membatalkan puasa dengan berjimak) , kemudian setelah makan atau minum barulah mereka berjimak maka suami isteri TIDAK KENA KIFARAH/KAFFARAH hanya perlu qada’ puasa 1 hari.

Hal ini kerana perkara yang membatalkan puasanya ialah bukan berjimak tetapi makan/ minum. Tetapi hukum perbuatannya tetap sama berdosa besar, dilaknat Allah S.W.T tetapi tidak jatuh hukum zina

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!