Home / sedih / Hari ini aku akur juga redha…al fatihah buat arwah isteri semoga tenang disana-cancerfighter

Hari ini aku akur juga redha…al fatihah buat arwah isteri semoga tenang disana-cancerfighter

 

 

Hari ini aku akur juga redha…al fatihah buat arwah isteri semoga tenang disana-cancerfighter

Hari ini aku akur juga redha. Kasih dan sayangnya Allah itu melebihi akan kasih dan sayangku padamu. Aku syukuri Allah memberiku kesempatan untuk aku berbuat bakti akhirku padamu.
Berehatlah permaisuri hatiku.

Bagi pihak keluarga, terima kasih kami ucapkan pada yang hadir sama mengiringi pengkebumian arwah isteri saya. Saya pohon agar dimaafkan segala salah dan silap arwah sepanjang hayatnya. Jika arwah masih ada hutang yang belum selesai, saya pohon untuk hubungi saya.

Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama hambanya yang beriman.

Al – Fatihah.

Semalam, dapat kebenaran khas untuk bawa anak-anak naik ke wad. Terima kasih pihak Institut Kanser Negara. Terutamanya wad 7B. Walaupun tak lama, terubat juga rindu si dia pada anak-anak. Manakan tidak, 10 hari tak bersua muka apatah lagi bermanja kasih.

Moga si dia dan aku terus kuat. Demi anak-anak.

 

#cancerfighter
#cancersurvivor
#fightforbetterlife

Duhai isteriku, aku mengerti. Apa rasaku tidaklah sama dengan apa rasamu. Namun jauh di sudut hati sang suami mu ini mahu kau selamat, mahu kau bahagia dan selalu terlindung dalam redhaNya.

Selamat ulang tahun kelahiran isteriku.

Moga Allah tidak jemu melimpahkan rahmatnya ke atas mu.

Hari ni appointment dengan Onchology. Berat badan semakin susut. Almost 25% lost. Semakin kerap sesak nafas. Tapi masih mahu bertahan. Hari ni, si dia akur. Dibantu dengan tangki oksigen. Seperti yang kami jangka, si dia perlu ditahan wad. Si dia memang kuat. Zahirnya kelihatan seperti biasa. Tapi di hati, hanya si dia yang tahu. Moga aku pun terus kuat. Demi anak-anak.

respon fb

Hafiz Sempoi slam takziah smoga arwh di tmptkn ke dlm org yg brimn.wlupn kita syg kn dia skli pn ssguh nya allah lagi mha myagi. di harpkn sdra brbsr.byk2 kn brdoa smoga arwah trgolog dlm org yg brimn isyaalh

Herwati Waty
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Cik Nell Mwn salam takziah..semoga roh arwah ditempatkan bsama2 dgn org yg dikasihiNya..semoga tabah & terus kuat demi ank2..aamiinnn

Azimah Ahmad Alfatihah innalillahhiwainailaihirajiun
Salam takziah Encik dan keluarga..semoga encik tabah dan semoga roh isteri encik dicucuri rahmat. Aamiin..

Roshaliza Ros Al-fatihah…semoga beliau dtmptkan dikalangan org2 yg beriman…bertabahlah suami dlm mendidik anak2 yg sedang membesar..

Mohd Armin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!