Home / politik / GST Umrah : Kerajaan Kantoi menipu lantik syarikat bukan islam kutip cukai untuk ibadah umrah

GST Umrah : Kerajaan Kantoi menipu lantik syarikat bukan islam kutip cukai untuk ibadah umrah

GST Umrah : Kerajaan Kantoi menipu lantik syarikat bukan islam kutip cukai untuk ibadah umrah
GST Umrah : Kerajaan Kantoi menipu lantik syarikat bukan islam kutip cukai untuk ibadah umrah

GST Umrah : Kerajaan Kantoi menipu lantik syarikat bukan islam kutip cukai untuk ibadah umrah  | Syarikat Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) perlu dengan serta-merta memastikan kakitangan syarikat tersebut hanya terdiri daripada individu yang beragama Islam.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dalam satu kenyataan, berkata keputusan tersebut diambil bagi melindungi kepentingan dan sensitiviti agama Islam.

“Susulan pelancarannya hari ini, pelbagai reaksi diterima oleh MOTAC terhadap inisiatif tersebut.

“Dalam hal ini, lembaga pengarah syarikat IMAMS adalah terdiri daripada warga negara Malaysia beragama Islam, manakala pemegang saham syarikat adalah daripada warga negara Malaysia beragama Islam dan syarikat tempatan,” katanya.

IMAMS yang dilancarkan hari ini, adalah akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

Sementara itu, MOTAC juga menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati sebelum mempercayai sebarang khabar angin yang tidak berasas mengenai IMAMS.

“Mereka juga perlu tahu hak sebagai pengguna untuk tidak membayar lebih daripada kadar yang ditetapkan sebanyak RM90.10,” katanya. – BERNAMA/ismaweb

namun perkara tersebut adalah penipuan semata-mata menurut sumber dan surat yang ditandatangi oleh orang bukan islam

Apa itu IMAMS ?

IMAMS adalah Integrated Manasik Monitoring System atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) mulai 15 Disember 2017.

Tugas IMAMS

Pada dasarnya, IMAMS dibangunkan bertujuan memperkemas dan menangani permasalahan semasa di dalam industri dan masyarakat, khususnya berkaitan isu penipuan pakej Umrah dan Ziarah.

Pendek kata, sistem ini berfungsi memantau, mengelak dan membendung kes penipuan yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Siapa orang besar syarikat yang mengendalikan IMAMS ?

IMAMS bukan dikendalikan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, tetapi oleh sebuah syarikat swasta yang baru ditubuhkan selepas kerajaan memperkenalkan Lesen Khas Umrah (LKU).

Syarikat tersebut adalah Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd.

Difahamkan lembaga pengarah syarikat berkenaan turut dianggotai ahli bukan Islam, sementara Pengerusi Lembaga Pengarahnya pula adalah bekas ahli politik. Ada yang mengaitkan syarikat itu diketuai oleh bekas Adun Batang Kali, namun masih belum dapat dipastikan lagi.

Mengapa IMAMS Ditentang ?

Rata-rata pengendali umrah dan ziarah serta orang ramai menentang IMAMS kerana menganggapnya sebagai ‘lintah darat’. Mana tidaknya, ia adalah satu sistem yang sengaja diwujudkan bagi mengutip duit daripada umat Islam yang hendak menunaikan umrah.

IMAMS dipaksa diterima pakai oleh semua syarikat pengendali umrah dan ziarah di negara ini dengan mengenakan GST bagi setiap jemaah.
IMAMS
Sumber foto : Merdeka Online

Sistem itu dijadikan alasan untuk memudahkan Motac memantau pelaksanaan tanggungjawab oleh syarikat serta perjalanan jemaah. Walhal, itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan tanpa perlu dikenakan caj atau bayaran.

Untuk perincian, bermula 18 Disember hingga 29 Disember 2017, semua pengendali umrah yang mempunyai LKU perlu membayar RM 45.00 + RM 2.70 (GST) bagi setiap permohonan visa untuk jemaah umrah.
Klik dan baca : Bekas Menteri ‘Kenduri’ Songlap RM1.5 Bilion Duit Rakyat Miskin ?

Tidak cukup dengan itu, keperluan untuk memperolehi perkhidmatan insurans bagi setiap jemaah umrah juga dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2018. Jumlah kadar yang dikenakan adalah RM 85.00 + RM 5.10 (GST). Jumlahnya RM 90.10.

Tahun ini, dianggarkan 290,000 jemaah bakal mengerjakan umrah menerusi agensi pengendali umrah yang sudah memperoleh LKU. Bayangkan berapa jumlah wang yang dengan mudah dikaut oleh syarikat terbabit pada tahun ini dan di masa akan datang.

tandatangan yang diturunlah oleh lelaki cina yang menjadi perhatian netizen

Jumlah bayaran yang diperoleh syarikat itu jika mengambil kira 290,000 jemaah mengerjakan umrah dalam setahun adalah RM26.129 juta. Daripada jumlah itu RM1.479 juta adalah GST; RM11.6 juta (insurans) dan yang masuk kepada syarikat itu RM13.050 juta.

Menurut Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pengendali umrah dan haji menyokong matlamat LKU bagi membanteras penipuan yang kerap berlaku.

IMAMS Papuh

Namun, LKU mensyaratkan penggunaan IMAMS yang hanya menyebabkan kos pelaksanaan umrah bertambah kepada jemaah, apatah lagi dengan kejatuhan ringgit ketika ini.

Justeru, boleh disifatkan IMAMS hanya satu kesempatan untuk ‘mengutip’ wang dengan cara mudah. Pelaksanaan sistem ini sememangnya membebankan syarikat-syarikat pengendali umrah di Malaysia. Jadi tidak hairanlah mengapa pelaksanaannya mendapat tentangan yang begitu hebat daripada orang ramai.

Diharapkan pihak kerajaan dapat memandang serius perkara ini dan meneliti semula penguatkuasaan IMAMS. Rakyat semakin terbeban dan ditekan, hinggakan urusan umrah dikenakan sistem bayaran yang merumitkan.-deenamik.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!