Home / politik / GST mungkin terpaksa dinaikkan untuk menampung manifesto kebajikan rakyat berbilion ringgit

GST mungkin terpaksa dinaikkan untuk menampung manifesto kebajikan rakyat berbilion ringgit

GST mungkin terpaksa dinaikkan untuk menampung manifesto kebajikan rakyat berbilion ringgit
GST mungkin terpaksa dinaikkan untuk menampung manifesto kebajikan rakyat berbilion ringgit

GST mungkin terpaksa dinaikkan untuk menampung manifesto kebajikan rakyat berbilion ringgit | ALOR SETAR, 11 Syaaban 1439H, Khamis – Barisan Nasional (BN) mungkin akan meningkatkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk memenuhi manifesto pilihan raya yang menelan belanja berbilion ringgit jika ia mengekalkan kuasa persekutuan.

Naib Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, walaupun terdapat bukti bahawa BN menghadapi masalah kewangan, namun parti itu terus membuat janji mewah.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata bahawa GST Malaysia adalah antara yang terendah di dunia pada 6 peratus, yang lain adalah 8 peratus, 12 peratus dan bahkan 22 peratus, jadi bagi saya, ada ruang pada masa hadapan negara ini alami kenaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa memperkenalkan calon Pakatan Harapan Kedah di kawasan Stargate di sini malam tadi.

Di Kedah sahaja, manifesto BN bakal menelan perbelanjaan sehingga RM50 bilion manakala purata pendapatan tahunan negeri itu hanya sebanyak RM700 juta, dan bajet terus mengalami defisit, kata Mukhriz.

“Ini bermakna Kedah memerlukan tempoh 95 tahun bagi mendapat dana yang cukup untuk membayar projek-projek dalam manifesto BN di mana jumlah perbelanjaan yang besar telah dijanjikan,” kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu.

Mukhriz juga berkata, negeri itu ada di antara tahap tertinggi hutang awam di negara ini.

“Kedah adalah antara yang tertinggi, ia adalah warisan dari pentadbiran PAS (dari tahun 2008 hingga 2013). Kami mewarisi RM2.6 bilion dan dalam beberapa kes, mereka tidak peduli untuk membayar hutang. menteri besar, kami mula membayar balik beberapa dan merundingkan beberapa syarat dengan Kementerian Kewangan.

“Sebagai contoh, ada satu akaun di mana RM50 juta tidak dapat dipertanggungjawabkan dan kedua-dua negeri dan juga pihak persekutuan tidak dapat mencari rekodnya,” katanya.

Susulan itu, Mukhriz berjanji, rundingan berhubung hutang yang ditanggung oleh Kedah boleh diteruskan jika Pakatan menang kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!