Home / kesihatan / Genap 3 minggu terlantar di hospital gara2 antibiotik-ubat bukan sahaja penawar tapi racun yang boleh membunuh

Genap 3 minggu terlantar di hospital gara2 antibiotik-ubat bukan sahaja penawar tapi racun yang boleh membunuh

Genap 3 minggu terlantar di hospital gara2 antibiotik…
Alhamdulilah discharge sudah ensomboyku. Rupanya ubat bukan sahaja penawar tapi racun yang boleh membunuh. Walaupun discharge tapi masih sambung rawatan mata dan mulut di rumah lagi… mata masih rabun.. mulut masih sakit….

 

hiasan saja

Sekadar ingatan tuk smua… berhati2 makan or bagi anak2 ubat.. jangan jadi sepertiku….

Pada mulanya khairi demam dan batuk2.. Dr bagi antibiotik, ubat batuk dan pcm.. selapas makan 1 biji antibiotik keluar bintik2 merah d mulut dan tapak tangan. Dalam pikiranku.. khairi kena jangkitan HFMD.. teruskan makan… selepas pil ke 3… dia mengadu sesak nafas dan kami bawa ke unit kecemasan hospital likas.. .. pada mulanya di sangka campak. Dr pakar siasat2… rupanya STEVEN JOHNSON.. Ni la nama penyakit 1st time ku dengar… Lepas ni selepas telan 1 biji ubat kalu nempak ada tanda2 merah2 di badan.. buatla sesuatu….

TERIMA KASEH pada semua sahabat dan family yang telah mendoakan Khairi…

TERIMA KASEH pada nurse2 dan Doktor2 di Hospital Likas.. layanan memang 1st class..

Hanya Allah sahaja yg dapat membalasnya… dan mudhan2 kalian sentiasa dalam rahmat Allah s.wt

# Dr_pakar_pediatrik
# Dr_pakar_mata
# Dr_pakar_kulit
# Dental
Nur Fazella
Petua Merawat Demam Secara Tradisional

Semoga semua pembaca blog ini sihat hendaknya dan mampu melakukan tugas harian dengan sebaiknya…

Ketika badan sihat walafiat ni, kita jangan lupa pula untuk beribadat. Kerana ibadat seperti solat lima waktu adalah senaman terbaik untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Maaf lupa nak perkenalkan diri…Nama atok ni, Tok Aki. Mulai entri kali ini, Tok Aki akan mengambil alih tugas menyampaikan catatan dan petua berguna amalan turun-temurun kepada pembaca semua.

Tok Aki nak cerita sedikit pada kesihatan dan petua yang berguna kepada semua..

Minggu lepas dengan tidak semena-menanya, Tok Aki di serang demam. Mungkin terkena hujan sewaktu pulang dari kebun.

Mengigil satu badan, bila cucu Tok Aki periksa suhu badan dengan thermometer…Alahai 39 darjah Celsius. Tinggi juga katanya.

Orang tua ni kadang kala malas nak menyusahkan anak cucu untuk bawa ke klinik berdekatan. Biasalah, orang yang sudah penghujung usia ni masalah nak makan ubat.

Apa susah, kita kan banyak petua turun-temurun untuk mengawal demam.

Dulu kala pun, anak-anak Tok Aki demam tak bawa ke klinik kesihatan pun. Tok Aki tuam dengan tuala basah. Tapi itu dulu. Sekarang ni sudah sikit nak cakap sebab terlalu banyak penyakit dan antibody badan pun semakin kurang baik dengan majoritinya disebabkan faktor pemakanan.

Sebab Tok Aki demam minggu lepas, hari ini Tok Aki nak bagi petua merawat demam secara tradisional.

Pertama :

Jika anak-anak sekalian demam, cuba mandi dengan air suam. Kalau dulu susah sikit. Masa Tok Aki kecil, mana ada dapur gas, apatah lagi water heater. Dapur kayu ada la.

demam1

Sekarang ni semua senang dan berduit. Kebanyakan rumah mesti ada water heater. Paling koman pun adalah cerek elektrik.

Jadi, anak-anak hanya perlu jeram air, kemudian campur dengan air biasa. Jangan terlalu panas pula. Biarlah suam-suam.

Lepas itu, mandi dengan air suam. Tok Aki nak bagi nasihat. Masa mandi mulakan dengan bahagian kaki, kemudian baru naik ke bahagian atas badan dan akhirnya kepada.

Bukan apa, ramai dikalangan kita ni mandi ikut suka saja terus jirus kepada. Contoh mudah. Bara yang merah disimbah dengan air. Apa akan terjadi. Begitu juga dengan kepala kita.

Ada juga yang kata mandi ni kena mula dari kaki dan akhiri kepala. Petua untuk elak gangguan jin.

Begitu juga dengan demam. Insya-Allah suhu badan akan berkurangan.

Kedua :

Selepas mandi tu, jangan pula berbungkus dengan selimut. Kerana panas tidak dapat keluar dari badan. Jadi seeloknya, anak-anak tidak memakai baju atau berselimut.

demam2

Kadang kala kita ni silap. Bila demam rasa mengigil walaupun suhu badan panas. Jadi untuk kurangkan dengan berselimut tebal.

Ini silap namanya. Cucu-cucu Tok Aki pun kalau demam, Tok Aki akan suruh anak menantu jangan pakaikan baju tapi jangan pula kuatkan kipas atau pendingin hawa.

Ketiga :

Minum air putih banyak-banyak. Elakkan minuman manis apatah lagi bergas. Kalau anak-anak jumpa doctor pun, nasihat utama mereka adalah minum air putih banyak-banyak.

air

Tok Aki nak nasihatkan juga. Kita ni bila demam ada ibu bapa yang tegah anak-anak minuman ais atau makan ais krim. Itu silap. Tok Aki dulu pun macam tu juga.

Minuman berais atau ais krim sebenarnya baik untuk melegakan tekak. Kebiasaannya bila deman, kita akan dapat bonus iaitu selsema.

Jadi minuman berais atau ais krim dapat melegakan tekak atau tosil.

Tapi jangan berlebihan pula. Untuk ais krim, Tok Aki nasihatkan makanlah ais krim perisa vanilla.

Satu lagi, selalu-selalulah berkumur dengan air garam. Ramai kata garam tak bagus. Mereka silap. Garam sebenarnya bagus. Garam tu mineral yang bagus untuk badan.

Keempat :

Satu lagi Tok Aki nak pesan. Kalau demam tu, kepada perokok jangan pula sedut rokok. Tak payahlah bakar duit. Kalau berhenti terus lagi baik.

Demam

Merokok ni boleh menyebabkan demam bertambah teruk. Jadi bila demam nil ah masa terbaik untuk praktik berhenti merokok.

Kalau tak demam pun tak payahlah merokok. Rokok taka da kebaikan pun. Hah, satu lagi rokok elektronik pun atau orang muda sebut VAPE pun tak payahlah.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!