Home / Uncategorized / Gadis bawah umur dikendurikan bergilir-gilir 4 lelaki hingga subuh!

Gadis bawah umur dikendurikan bergilir-gilir 4 lelaki hingga subuh!

Gadis bawah umur dikendurikan bergilir-gilir 4 lelaki hingga subuh!
Gadis bawah umur dikendurikan bergilir-gilir 4 lelaki hingga subuh!

Gadis bawah umur dikendurikan bergilir-gilir 4 lelaki hingga subuh! | Gara-gara terlalu percayakan pemuda yang baharu dikenali, seorang gadis berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol bergilir-gilir empat lelaki dalam kejadian di tanah perkuburan Jl Pegirian, Semampir, di Surabaya, Indonesia.

Memetik Tribunnews, kejadian berlaku pada 11 April lalu ketika gadis bawah umur yang berasal dari Madiun itu datang ke Surabaya untuk mencari kerja dan berkenalan dengan salah seorang daripada suspek menerusi Facebook.

Menurut pegawai polis Pelabuhan Tanjung Perak Surabaya, AKBP Antonius Agus Rahmanto, suspek yang berusia 19 tahun kemudian mengajak gadis itu ke kawasan perkuburan tersebut, pada malam kejadian.

Katanya, sebaik sahaja mereka tiba di kawasan perkuburan tersebut, tiga lagi suspek yang masing-masing berumur antara 16, 19 dan 26 tahun kemudian datang dan duduk lepak bersama-sama.

“Suspek berusia 26 tahun mengarahkan dua lagi rakannya untuk membeli minuman keras, berkarbonat dan rokok.

“Sebagai alas duduk, suspek mengambil tikar yang digunakan untuk menutup mayat di keranda jenazah. Mereka berpesta minuman keras hingga mabuk,” kata Agus seperti dilapor Tribunnews, pada Isnin.

Beliau menambah kesemua suspek kemudian menggunakan kesempatan untuk merogol mangsa secara bergilir-gilir selepas gadis itu berada dalam keadaan mabuk.

“Puas menyetubuhi mangsa hingga subuh, suspek melarikan diri begitu saja. Mereka meninggalkan mangsa dalam keadaan telanjang di tanah kubur tersebut,” katanya.

Bertindak atas laporan, Agus berkata pihaknya kini telah berjaya menahan dua suspek berusia 26 tahun dan 19 tahun, sementara dua lagi suspek masih giat diburu bagi membantu siasatan.

Sementara itu, ketika disoal siasat, suspek suspek berusia 26 tahun mengaku pergi ke tanah perkuburan tersebut selepas diajak oleh suspek lain, dan mendakwa hanya menyetubuhi mangsa sekali sahaja sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

“Saya hanya melakukannya sekali saja, melakukan secara bergilir, setelah itu saya pergi dari tanah kubur tersebut,” akui bapa kepada seorang anak itu

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!