Home / sedih / DIPUKUL dengan objek tumpul sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus-budak 6 tahun maut

DIPUKUL dengan objek tumpul sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus-budak 6 tahun maut

 

DIPUKUL dengan objek tumpul sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus-budak 6 tahun maut

 

Budak 6 tahun maut di bunuh teman lelaki ibu|Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mati dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kangar semalam.

Mangsa, Muhammad Rayyan Hidayat sebelum itu dibawa oleh pasangan tersebut ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, dengan mendakwa kanak-kanak malang itu terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis negeri, Datuk Azisman Alias berkata, walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut disahkan telah meninggal dunia pukul 4.07 pagi.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam-lebam pada tubuh mangsa yang dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

“Kita juga akan menjalankan siasatan terhadap ibu kanak-kanak tersebut sama ada terlibat atau bersubahat dalam kejadian itu.

“Kita dapati, kanak-kanak tersebut bukan terjatuh sebaliknya atas perbuatan yang menyebabkan kematian berdasarkan kesan-kesan lebam di badan.

“Kedua-kedua suspek itu ditangkap di hospital berkenaan dan kita sedang mendapatkan perintah reman terhadap mereka pagi ini, “ katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak sekian lama dan tinggal bersekudukan di rumah sewa wanita tersebut di Abi Tok Hashim.

Katanya, hasil siasatan, pihaknya juga mendapati lelaki tersebut yang berasal dari Kedah mempunyai sebanyak 12 kes jenayah lampau berkaitan curi kenderaan.

“Kita akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk menemu bual jiran-jiran, bapa dan Tabika tempat kanak-kanak tersebut belajar bagi mengenal pasti adakah dia mengalami kemurungan sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, dalam satu Facebook yang dipercayai milik bapa kandung kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa lelaki itu memohon maaf atas segala yang berlaku selain tidak menyangka yang mangsa ‘pergi’ terlebih dahulu.

Kata lelaki itu, kali terakhir mereka bertemu adalah pada bulan lepas.

Hari Ini Kita Di Kejutkan Dengan Kematian Seorang Kanak Kanak Berumur 6 Tahun Kerana Didera Teman Lelaki Ibu Nya Sendiri😢Polis Sedang Menyiasat Sama Ada Ibu Kanak kanak Terbabit Juga Atau Tidak Dalam Kes Penderaan Itu,Selepas Melakukan Pembedahan,Polis Mendapati Organ Dalaman Anak Tersebut Rosak,Tulang Patah Dan Ada Kesan Kesan Lebam Di Tubuh Mangsa,Ya Allah Luluh Hati Ini Sebagai Seorang Ibu,Buat Sahabat Bro Hans Van Djik Semoga Bro Tabah Dengan Dugaan Ini,Semoga Allah Membalas Segala Kesakitan Anak Bro Selama Ini Pada Syaitan Yang Bertopeng Kan Manusia Itu😔Saya Ibu,Sepatutnya Seorang Ibu Mempertahankan Anaknya Dari Kekejaman,Tapi Kerana Cinta Tidak Menyangka Bekas Isteri Bro Sanggup Buta Hati Kerana Cinta

DIPUKUL dengan objek tumpul sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus, itu penderitaan yang ditanggung kanak-kanak 6 tahun, Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan, sehingga menemui ajal akibat disyaki didera oleh teman lelaki ibunya.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar selepas pakar patologi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menjalankan bedah siasat ke atas jenazah kanak-kanak malang itu, semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias berkata, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa maut selepas dipercayai dipukul dengan objek tumpul pada bahagian badan.

“Mangsa mengalami kecederaan dalaman yang serius, selain ususnya pecah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis hari ini.

Azisman berkata mangsa telah meninggal dunia pada 4 pagi Rabu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, selepas tidak sedarkan diri dan muntah beberapa jam sebelum itu.

Beliau berkata susulan kematian Mohamad Rayyan, polis telah menahan ibu mangsa berusia 31 tahun dan teman lelakinya yang berusia 26 tahun.

“Suspek serta ibu mangsa ditahan petang semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mempunyai 12 rekod lampau atas pelbagai kesalahan dan kebanyakannya membabitkan curi motosikal,” katanya.

Azisman berkata, polis telah mendapat perintah tahanan reman selama seminggu ke atas pasangan itu bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bapa mangsa, Hairil Khan Azali, 32, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas dihubungi anak saudaranya pada Rabu.

“Rayyan dibawa ke hospital pada malam Selasa dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

“Saya hanya mengetahui dia dipercayai didera selepas laporan forensik yang dikeluarkan Hospital Sultanah Bahiyah pada 8 malam, semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hairil berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya sekitar bulan lalu dan ketika itu keadaannya masih sihat.

“Saya berpisah dengan bekas isteri sejak tiga tahun lalu. Saya kerap berjumpa dengan Rayyan sebelum ini kerana dia tinggal dengan bekas mentua di Kampung Abi, di sini.

“Namun, sebulan lalu saya tidak dapat berjumpa dengannya selepas bekas isteri membawa Rayyan keluar dan tinggal dengan kekasihnya.

“Tetapi saya tak tahu di mana mereka tinggal kerana bekas mentua saya pun tidak dimaklumkan,” katanya.

Menurutnya, jenazah anaknya selamat dikebumikan tengah malam tadi Tanah Perkuburan Islam Kampung Abi Tok Hashim.
Hans Van Djik

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!