Home / kisah / Dia telah pergi selamanya – kisah pasangan tabah ini buatkan ramai sebak!

Dia telah pergi selamanya – kisah pasangan tabah ini buatkan ramai sebak!

Dia telah pergi selamanya – kisah pasangan tabah ini buatkan ramai sebak! | Jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan kepadaNya kita dijadikan kepadaNya juga kita dikembalikan. Sebuah kisah yang tular ini membuatkan ramai sebak ikuti perkongsian dibawah

Innalillahiwainnailaihirojiun….

Dari Allah kita dtg kpdnya kita akan kembali…

Auliya Amani Bt Amizudin telah kembali ke Rahmatullah ketika dlm perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Kami singgah sebentar di rumah Mak Ngah di Ipoh sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Tiba2 Auliya menangis tp air mata x keluar… puas juga saya membaca ayat2 Al Quran akhirnya setengah jam Auliya dah ok x nangis tp nampak dia lain sikit ….nampak dia lemah longlai…terus sy bergegas ke Hospital Ipoh tp takdirnya Allah lebih menyayanginya….

Saya redho dgn pemergiannya…. Auliya Amani anak syurga….
14 Julai 2017 tarikh lahirnya…. setahun 2 bulan…
Smg Auliya Amani menanti kami di pintu syurga….
Alhamdulillah kami tabah hadapi ujian berat ini….

Perkongsian: Amizudin bin Ahmat

 

Image may contain: 2 people, people smiling, selfie and closeup

 

Keuntungan Si Ibu Bapa apabila Anaknya meninggal sebelum Akhil(cukup umur)

“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.“Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.

“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.

“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim.

Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia.

Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga.

Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.

“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa.

Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati.

Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.

“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.(Ad-Dahr: 11)

PERHATIAN !

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!