Home / hiburan / “Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya-UJI

“Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya-UJI

 

PENYANYI popular era 70-an, Uji Rashid meluahkan rasa kesal dengan penularan berita berkenaan keadaan anaknya Cico yang dikatakan bisu dan buta huruf.

“Saya ingin tegaskan di sini, Cico tidak mengalami masalah seperti diperkatakan. Memang saya geram dibuatnya apabila cerita itu timbul dan sengaja diadakan-adakan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif.

“Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya. Racun itu beri kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya,” katanya kepada Harian Metro.

Cico atau nama sebenarnya Cico Harahap, 40, dikesan berdepan masalah kesihatan selepas keluar bertemu dengan rakannya pada malam 25 Disember 2016.

Dia dikatakan diracun dengan cara meletakkan sesuatu dalam minumannya. Selain rawatan hospital, Uji turut membawa Cico menjalani rawatan perubatan Islam.

Pelbagai ujian turut melanda penyanyi lagu Semakin Hari Semakin Sayang dan Ku Ingin Selalu Disampingmu ini dan terbaru terpaksa memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerana tidak mampu membayar sewa kondominium didiaminya sebelum ini dengan bayaran sewa lebih RM1,000 sebulan.

“Sudah banyak pengalaman saya tempuh. Kalau esok saya jatuh, hari seterusnya saya kena bangun kembali demi cucu dan anak saya yang tidak mampu ini.

“Faktor usia yang meningkat jadi faktor utama saya berbuat demikian, selain fikirkan kebajikan Cico dan cucu saya, Rindu Nur Fitrah,” katanya.

Menurut Uji, sebaik berita penderitaannya tular, dia didatangi pelbagai tawaran menyanyi dan berlakon, namun terpaksa menimbangkannya kerana keadaan Cico yang memerlukan perhatian penuh.

“Saya berterima kasih dan menghargai keprihatinan ditunjukkan. Cuma, Cico memang perlukan rawatan secara berterusan dan kadangkala sukar untuk saya terima sesuatu tawaran,” katanya.

respon fb

Royslam Muhd Nor Kesian sungguh kat cico dan uji rashid. Namun setiap Dari kita akan ada masa diuji dgn kesusahan dan derita. Yg penting jgn putus asa.

Dalilah Ismail Astaghfirullahalazim.. Kawan beri racun pada kawan sendiri? Tu bukan kawan namanya.. Org yg menganiaya tu akan ada keluarga sendiri.. Jgn slhkan sesiapa kalau kena balasan lebih hebat dr apa yg dia dah buat. Semoga Allah berikan keajaiban & kesembuhan pada Cico.. Amiiinn..

Lan Rimau Aku baru tahu arini yg chiko sakit…patut lama x nampak dia…..kesiannyaa…..jahat betul org zaman sekrang…kawan2 pun x bole percaya dah……

Uwnaa Warekiyukiyu Rokok ADA di Syurga.
********

Untuk yang masih hisap rokok, ini ada berita baik. Tadi lepas kuliah subuh di masjid ada yang bertanya kpd ustaz…

Jemaah : Maaf ustaz saya nak tanya…
Kalau di syurga ada rokok tak yea????”

Ustaz : Ada..

Jemaah : Oooh, Alhamdulillaaaah… lega betul hati ini rasanya dengar jawapan ustaz.

Ustaz : Tapi…,

Jemaah : tapi kenapa ustaz… ????

Ustaz : tapi sayang… di syurga tidak ada api.???
jadi kalau nk pasang api rokok, jalan sikit… ke NERAKA”

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!