Home / kisah rumah tangga / dia paksa saya untuk bersama Dia suruh saya tak payah puasa Tapi saya jawab….

dia paksa saya untuk bersama Dia suruh saya tak payah puasa Tapi saya jawab….

Masa bulan puasa, dia paksa saya untuk bersama Dia suruh saya tak payah puasa Tapi saya jawab balik, saya tak kisahAssalamualaikum admin. Saya tak paham dengan suami saya. Kenapa dia mudah naik angin. Lepastu permintaan dia bukan2. Kami kerap gaduh. Daripada kami menyewa bilik sampailah ke harini kami duduk dengan keluarga saya.

 

 

 

1. Kalau bangun pagi, saya tak boleh bangun dari tempat tidur selagi dia tak bangun dari tidur.

2. Saya dilarang main handphone sbb dia ckp, dia balik rumah seminggu sekali. (Saya dengan suami pjj) Tapi kalau dia melayan game boleh je. Dan saya perlu duduk disebelah dia. Tak blh bergerak kemana2.

3. Saya kalau nak tlg mak saya masak, nak pegi kencing sekalipun mahupun mandi saya kena mintak izin. Kalau dia ckp tak blh, jd saya tak mandi la sampai ke tgh malam. Makan pun perlu ada keizinan dari dia.

4. Sebagai satu-satunya anak perempuan yang makpak saya ada, saya ada sifat selalu ingin bantu mak saya. Waima, buat kuih raya yang senang sekalipun. Saya nak tlg. Tp laki saya tak bagi tlg mak saya, sbb dia ckp saya dah macam kuli batak sbb tlg mak saya buat kerja2 rumah dan buat kuih raya.

5. Bulan puasa, dia taknak puasa. Solat jumaat pun taknak. Macam2 alasan dia bagi. Untuk elakkan semua tu. Lepastu, dlm bilik die akan ckp kt saya. Bapak saya tu tak layak nk nasihatkan dia. Sbb bapak saya tu sendiri solat tak cukup. Tapi salah ke, sebagai seorang bapa menegur menantu yang dianggap macam anak sendiri?

6. Masa bulan puasa, dia paksa saya untuk bersama Dia suruh saya tak payah puasa Tapi saya jawab balik, saya tak kisah. Walaupun saya cuma dpt puasa 10min pun saya tak kisah. Sbb saya taknak disoal kat akhirat nanti.

7. Disebabkan kami pjj, dia selalu oncall dengan saya. Ada satu mlm tu, dia suruh saya teman dia smpai lewat mlm. Sedangkan dia tahu, saya tak blh tidur lambat.
8. Dia selalu ckp, dia rasa macam diri dia tu orang asing dlm keluarga saya. Saya tanya, bahagian mana yang dia rasa macam tu? Family saya tak layan dia ke? Tapi hakikatnya dia sendiri yang suka menghabiskan waktu dlm bilik. Macam mana nak berbual sesama family.

9. Suami saya ni, dia bercuti pada hari jumaat dan sabtu. Dan dia akan bertolak ke tempat kerjanya pada hari ahad pagi. Dan akan pulang semula ke sini pada hujung minggu. Dia akan bertolak dari sini pada pukul 6.30. Ada suatu hari, dia lambat untuk pergi ke kerja. Dan adik2 saya serta mak saya tnya lah. Tak pergi kerja lagi ke. Dia jawab tak. Kemudian die ckp kat saya. Yang family saya memyibuk hal die. WHAT ??! Tanya macam tu menyibuk hal orang lain ke? Kata keluarga saya layan dia macam orang asing. But bila mereka layan dia macam keluarga sendiri. Dia macam rimas pulak. Saya pulak naik rimas dengan perangai dia.

10. Saya tak kisah nafkah bulanan saya cuma RM20 yang dibagi pada saya. Masalahnya, bila dia takde duit dia akan mtk semula duit tu. Saya ni sebagai bini pun hulurlah. Sebab saya kesian. (Suami saya mmg ada hulur duit belanja dapur kt rumah ni).
11. Saya tak bekerja sbb suami saya tak bagi kerja. Walaupun saya ada kelulusan yang tinggi. Pernah saya berbincang dengan dia. Dan itu telah menjadi punca kami bergaduh. Niat saya nak membantu meringankan beban dia. Tapi dia tak benarkan saya kerja. Maaf

Korang semua jgn pulak ckp saya tak pernah nak nasihatkan dia. Naik penat saya. Sampaikan kalau kami bergaduh, saya pernah terbayang nak cekik die. Toreh muk dia guna pisau. Potong daging die kecik2. Kemudian bagi anjing makan. Saya dah naik pening dengan perangai dia. Ada tak cara lain nak buat untuk bagi suami saya tu sedar. Penat saya nak handle sensorang. Saya tak pernah cerita masah antara saya dengan dia pada orang lain. Walaupun pada mak saya sendiri. Tolong. Macam mana nk buat?
Oh ye. Kami belum ada anak, dan perkahwinan kami belum mencecah satu tahun.

Kisah rumah tangga

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!