Home / bayi / Dia buka baju dan spender caca lepas tu dia korek-korek sakit mama- Ibu hampir gila anak perempuan 3 tahun trauma

Dia buka baju dan spender caca lepas tu dia korek-korek sakit mama- Ibu hampir gila anak perempuan 3 tahun trauma

Dia buka baju dan spender caca lepas tu dia korek-korek sakit mama- Ibu hampir gila anak perempuan 3 tahun trauma
Dia buka baju dan spender caca lepas tu dia korek-korek sakit mama- Ibu hampir gila anak perempuan 3 tahun trauma

Dia buka baju dan spender caca lepas tu dia korek-korek sakit mama- Ibu hampir gila anak perempuan 3 tahun trauma | Assalammualaikum min. Sy just nak mintak pendapat dari warga KRT mengenai isu CABUL.Anak perempuan sy berumur 3 tahun setengah. Pada 3 minggu lepas, sy ke rumah jiran disebelah rumah saya .

Untuk makluman sy ni duduk rumah flat . Sy bawk anak dara sekali ke rumah jiran untuk beli ikan pekasam dari jiran . Tengah sy berborak2 dgn jiran sy..

Ank lelakinya yg berumur 6-7 tahun ajak anak dara sy main didalam bilik. Jiran sy ni memang sediakan 1 bilik khas menyimpan mainan2 untuk anak2 dia bermain tanpa mengganggu tetamu yg datang kerumah.

Selepas anak dara sy dan anak akak tu masuk bilik.. Terus anak akak tu tutup dan kunci pintu bilik. Sy terkejut .. Tapi bila akak tu jerit dan pesan kat anak dia yg ade dalam bilik tido tersebut “abg main elok2 ye dgn adik..

“.. Sy sedapkan hati sendiri in sha Allah takde ape yg akan berlaku..Tapi suasana senyap sunyi.. Sy langsung tak dengar gelak ketawa anak sy yg berada didalam bilik tersebut..

Rasa tak sedap hati.. Sy suruh kakak tu panggil anak sy dan anak dia keluar dari bilik. Akak tu pon ketuk2 pintu bilik suruh anak dia keluar..

Selang beberapa minit kemudian mereka berdua pon keluar dari dalam bilik . Terus anak sy datang pada sy dan duduk.. Muke dia langsung tak ceria.. Senyap je..

Biasa mulut dia petah berkata2.. Tanya itu ini.. Cerita itu ini… Ini tidak.. Dia senyap dan mendiamkan diri je.Sy pon ajak anak sy balik ke rumah.Sesampai dirumah..

Anak sy cakap dia nak buang air kecil.. Sy pon suruh dia ke toilet.. Seperti biasa .. Sbb anak saya dah biasa mandi dan boleh mencuci berak sendiri. Dia memang pembersih.. Kalo mandi.. Cik “put” dan punggung dia akan sabun dan cuci bersih2.

Tapi tetiba dari dalam bilik sy.. Sy dengar dia menangis. Sy cepat2 keluar dan pergi ke tandas.Sy tanya “kenapa Syg menangis.? “. Dia jawab “popotot (Cik put) caca sakit mama”… “.

Sy cepat2 tolong cuci perlahan2.. Dan mulut sy tegur dia baik2 “lain kali caca jangan garu2 .. Sbb tu nanti cuci jadi pedih..”.Sekali anak sy jawab “bukan caca garu mama..

Abg M (sy singkatkan nama budak lelaki tu) yg buat caca.. “. Jawab anak saya tersedu2.. Sy jadi terkejut.. Sy bagi anak sy pakai semula underwear dan seluar panjang dia ..

Sy dudukkan dia atas riba sy.. Sy tanya dia baik2.. “Syg mama.. Tadi abg M buat ape dekat caca .? Dia buat dekat mana.? Cakap dgn mama”.. Anak sy pon jawab dalam pelat dia sikit2 tp sangat mudah utk sy faham..

“Abg M bukak baju caca.. Lepas tu dia bukak seluar dgn spender caca mamaaa… Dia cakap suruh caca diam”..

Ya Allah.. Berderau darah sy.. Berdebar2 dada sy.. Mengucap panjang sy masa dengar cerita dari anak sy.. Sy tarik nafas.. Dan sy tanya lagi ..

“Lepas bukak spender caca.. Abg M buat ape Syg .?”.Anak sy jawab “abg M korek2 popotot (Cik put) caca mama.. Sakitttt… “.. Jawab anak sy sambil air mata berlinang…

Sy peluk anak sy kuat2.. Ya Allah… tak sangka budak lelaki yg baru berumur 6-7 tahun dah tahu benda2 macam tu… Mana mereka berlajar .? ..

Sy cari kekuatan utk bersemuka dgn jiran sy…. Utk maklumkan tentang perbuatan anak lelaki dia .. Bila sy sampai ke rumah dia.. Sy pon cakap ” kak.. Tadi kan..

Caca mengadu dekat sy .. Anak akak si M bukak seluar dgn spender dia.. “.. Jiran sy menjawab “laaaa.. Ye ke..(sambil tergelak2)..

Patot tadi masa akak bukak pintu bilik tengok caca tengah dok pakai seluar dia.. Ingatkan dia tengah betulkan seluar dia”… Katanye lagi.. Lepas tu jiran sy cakap dekat anak lelaki dia ..

“M… Ni Cik M (Nama sy) nak marah M (Nama anak dia) ni.. Pandai2 bukak seluar caca.. “.. Kata akak tu dekat anak dia tanpa rasa bersalah..

Dah kenapa pulak sy yg kene marah anak dia.? Bukan ke sepatotnya dia Yg marah anak dia.??? Ikotkan hati sy nak bagi pelempang dekat muke anak dia sbb buat anak sy macam tu..

Sy menahan geram dgn tindakan akak tu.. takde pon dia nak marah atau bagi sedikit pengajaran pada anak dia selepas apa Yg berlaku.. Dia buat muke macam biasa..

Dan tiada pon permohonan maaf diatas perbuatan anak lelaki dia pada anak sy.. Sy nak bagitau mengenai anak lelaki dia masukkan jari dalam kemaluan anak sy..

Tapi niat sy terbantut disebabkan bapak budak tu ada didepan rumah.. Sy mengambil keputusan untuk balik ke rumah dan hantar sms kepada jiran sy tu mengenai anak dia memasukkan jari ke dalam kemaluan anak sy.

Sampai dirumah .. Sy dah siap packing baju2 untuk pergi bercuti bersama keluarga .. Sebelum berangkat keluar pada petang tu.. Sy pon hantar sms pada jiran sy tu ..

Sy katakan anak dia bukan sahaja membuka seluar anak sy.. Malahan anak dia telah menjolok jari kedalam kemaluan anak sy menyebabkan anak sy berasa Sakit ketika membuang air kecil ..

Sehari berlalu.. Sms sy tiada balasan.. Ermmm.Bilik dari bercuti.. Jiran sy still tegur sy macam biasa.. Macam tiada apa2 Yg berlaku .. Sy pon positifkn diri..

Mungkin anak sy takde ape2.. Selaput dara dia mungkin masih ada Sebab budak lelaki tu hanya memasukkan jarinya sahaja. Budak lelaki tu pon belum berkhatan lg..

Dengan badan dia Yg gemok.. Dan punai seperti kuih siput.. tak mungkin dia buat lebih dari itu.. Sy ingat..ianya tamat disitu.. Sy tak bagi lagi anak sy kerumah jiran. Sy Kurung anak sy dalam rumah .

Sy taknak perkara Yg sama berulang lg.. Sy jadi fobia .. Sy tak bagi org Yg bernama lelaki pegang anak sy.. Kecuali Suami sy.. Sy jadi hilang kepercayaan dgn org lelaki walaupon adik sy sendiri .

Sy sangkakan perkara tersebut tamat begitu sahaja.. Rupa2nya tidak… Anak sy mengalami trauma Yg teruk.. ???Setiap hari.. Selepas mandi..

Anak sy lap badanya dia dgn tuala dia.. Selepas mengelap.. Dia menjerit dan masuk semula ke bilik mandi dan mandi semula.. Seusai mandi.. Dia masuk ke bilik sy dan mengelap seluruh badan dia..

Beberapa min kemudian dia menjerit lagi dan masuk ke bilik air dan mandi semula.. Perkara itu diulang2 berkali2 hampir 10x.. Masuk mandi.. Keluar.. Lap2 badan..

Masuk mandi lg.. Keluar Bilik air.. Lap badan .. Dan masuk lg Bilik air mandi..Pada mulanya Sy jadi panas hati tengok dia berkelakuan tidak normal seperti itu.. Sy marah dia..

Sy tanya kenapa dia bersikap macam tu.? Kenapa perlu mandi berulang2 Kali .? Kan dah mandi.? Dah lap badan.. Dah lap kering.. Masuk mandi semula.. Terus dia menangis dan pelok sy smabil berkata “mamaaaaa”..

Teresak2 dia menangis dalam pelukan sy.. Sy jd susah hati.. Sy pakaikan dia baju dan seluar.. Dia Nak pakai sendiri.. Tapi setiap 2-3 Minit dia betulkan seluar dia..

Dia bukak .. Sarung balik.. Bukak lagi.. Sarung semula.. Dan begitulah dia pada setiap hari.. Perkara ini berlarutan selama 2 minggu.. Sy tak sedar rupe2nya anak sy mengalami gangguan jiwa atau trauma ..

?? kesan dari ape yg berlaku pada dia.. Sy menangis Sambil peluk anak sy.. Sy tanya dia kenapa dia berperangai pelik macam ni.? Kenapa mandi berulang Kali.?

Kenapa asyik betulkan spender dan seluar berulang2 Kali.? tak kira dimana.. Di mall.. Di taman mainan.. Di restoran . Anak sy sentiasa membetulkan seluar Yg dia pakai..

Suami sy pelik melihat keadaan anak sy begitu..1 hari.. Suami sy pelok anak sy.. Dia tanya baik2.. “Papa Nak tanya.. Kenapa caca asyik betulkan seluar je.? Cer cite dekat papa Syg.. “

..Terus anak sy cakap “Abg M tu.. Nanti dia bukak seluar caca.. Dia korek2 popotot caca.. Sakittt”… Ya Allah.. Mengucap panjang Suami sy bila dengar anak dia cakap camtu..

Memang betul la anak sy mengalami kemurungan dan trauma dgn ape yg terjadi.. Ya Allah.. Pulihkan semangat anak aku Ya Allah.. Sekarang.. Sy tak tau ape Nak buat..

Sy betul2 tertekan tengok anak sy macam tu.. Sy sangat pasti jiran sy takkan cerita kan perkara tersebut pada suami dia.. Sbb dia jenis sygkan anak..

Dan tak sanggup Kalo suami dia marah anak2… Sy hubungi kakak angkat sy.. Kakak angkat sy sarankan agar sy membuat report polis.. Dan buat pemeriksaan Di hospital..

Tapi.. Polis amek ke kes cabul budak2 dgn budak2.? Kemudian ape pulak tindakan susulan.? Kakak angkat sy cakap polis akan panggil mak bapak budak lelaki tu untuk bagi keterangan ..

Dan mungkin budak lelaki tu akan Di ambil oleh JKM utk tindakan seterusnya.. Ya Allah.. Sy serba salah jadinya.. Itu jiran sy.. satu2 nya jiran Yg sy paling rapat..

Sy dah anggap dia macam kakak sy sendiri.. Andai perkara ni jadi kes polis..pasti kami tidak akan bertegur sapa Selepas ini.. Sy buntu Dan tak tau ape Nak buat.. Tolong bantu sy..

Macam mana sy Nak hilangkan trauma anak sy.. Sy nakk dia macam dulu.. Sy sedih tengok keadaan anak sy sekarang.. Untuk buat report polis sy tak sampai hati.. Perlukah sy bawak anak sy ke pakar psikitri kanak2 atau pakar psikologi kanak2.? #IbuBuntu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!