Home / semasa / Datuk Lokman beri arahan pada polis siasat segera kekayaan luar biasa Azmin Ali

Datuk Lokman beri arahan pada polis siasat segera kekayaan luar biasa Azmin Ali

Datuk Lokman beri arahan pada polis siasat segera kekayaan luar biasa Azmin Ali  | KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat kesahihan pendedahan sebuah blog yang membongkarkan kekayaan luar biasa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menggalas jawatan Menteri Besar Selangor sejak 2014.

Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam berkata, pendedahan blog milik seorang pegawai Mohamed Azmin itu merupakan perkara serius kerana kekayaan itu didakwa diperoleh melalui penyalahgunaan kuasa.

“Saya minta PDRM menjalankan siasatan ke atas kandungan laporan ini yang mendakwa kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Mohamed Azmin, isteri, adik ipar dan proksi datangnya rasuah yang diterima.

“Diharapkan mereka terbabit ini dihadapkan ke muka pengadilan sekiranya terdapat bukti yang kukuh,” katanya pada sidang media di Pandan Kapital, Pandan Indah, di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sebuah blog milik seorang pegawai Azmin di toyolofselangor.wordpress.com yang disebarkan kepada petugas media menerusi aplikasi Whatsapp lewat malam tadi.

Blog berkenan turut mempersoalkan polisi tiada hadiah yang diuar-uarkan pimpinan negeri Pakatan Harapan, di sebalik kewujudan 54 akaun yang didakwa ditemui di beberapa negara.

Akaun-akaun ini berjumlah ratusan juta dalam mata wang yang berbeza telah dibuka di Malaysia, Indonesia, Singapura, Dubai, Hong Kong, India, Shanghai, Abu Dhabi, Australia, Zurich dan Amerika Syarikat atas nama Mohamed Azmin.

Selain itu, blog itu turut mendakwa 47 akaun lain dibuka di atas nama isterinya, Shamsidar Taharin dan proksi Mohamed Azmin, Muhammad Gaddafi Kamal dengan 54 akaun.

Lokman berkata lagi, dakwaan pegawai Mohamed Azmin adalah sangat serius dan pihak polis perlu menyiasat segera kerana ia melibatkan seorang menteri besar.

“Ada 30 muka surat senarai akaun kekayaan luar biasa, ini satu dakwaan sangat serius yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor

“Kita pun tahu ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim letak jawatan di Selangor, beliau ada meninggalkan rizab negeri berjumlah RM1.6 bilion.

“Dalam masa sama kita tahu bagaimana pasir-pasir Selangor digondol sehingga menjejaskan alam sekitar,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tuduhan miliki ratusan juta cuba jejas reputasi – Azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan beliau memiliki dana ratusan juta ringgit di luar negara sepanjang beliau menggalas jawatan Menteri Besar Selangor sejak 2014.

Mohamed Azmin menegaskan dakwaan itu bertujuan untuk mencemarkan nama baik dan imej beliau yang kini memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH).

“Ini tuduhan yang palsu dan berniat jahat, kita tidak harus melayani fitnah dan tohmahan ini.

“Ini satu percubaan yang jahat dan merupakan satu fitnah, malicious attempt untuk mencemarkan reputasi saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan, di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sebuah blog milik seorang kakitangannya yang membuat dakwaan menerusi toyolofselangor.wordpress.com yang disebarkan kepada petugas media menerusi aplikasi Whatsapp lewat malam tadi.

Blog berkenan turut mempersoalkan polisi tiada hadiah yang diuar-uarkan pimpinan Pakatan Harapan di sebalik kewujudan 54 akaun yang didakwa ditemui di beberapa negara.

Akaun-akaun ini berjumlah ratusan juta dalam mata wang yang berbeza telah dibuka di Malaysia, Indonesia, Singapura, Dubai, Hong Kong, India, Shanghai, Abu Dhabi, Australia, Zurich dan Amerika Syarikat atas nama Mohamed Azmin.

Selain itu, blog berkenaan turut mendakwa ada 47 akaun lain turut dibuka di atas nama isterinya, Shamsidar Taharin dan proksinya, Muhammad Gaddafi Kamal dengan 54 akaun.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin juga mencabar pemilik blog berkenaan agar membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya dakwaan itu berasas.

“Sesiapa yang buat tuduhan kena tampil dan buat laporan secara bertulis, jangan buat tuduhan tidak berasas dan fitnah, ini satu perkara tidak harus berlaku dalam suasana hari ini.

“Sekiranya mana-mana individu pihak yang yakin mempunyai bukti kuat dan kukuh tampil kepada pihak berkuasa supaya siasatan dapat dilakukan.

“Saya dari dulu (sedia disiasat), tuduhan ini bukan baru. Siapa yang buat tuduhan saya tidak tahu, sebab itu dia kena tampil dengan bukti yang kukuh,” katanya.

Ditanya tentang kewajaran beliau mengisytiharkan asetnya untuk menafikan dakwaan berkenaan, beliau berkata, langkah itu telah diamalkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sejak 2008.

“Memang kita telah amalkan di Selangor sejak 2008. Dasar kita ialah semua pihak eksekutif melaporkan aset supaya ketelusan dan kebertanggungjawaban ini menjadi prinsip dalam pentadbiran,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!