Home / semasa / Darah ADUN Syerleena halal untuk dibunuh! – Netizen bersedia untuk tamatkan riwayat beliau

Darah ADUN Syerleena halal untuk dibunuh! – Netizen bersedia untuk tamatkan riwayat beliau

Darah ADUN Syerleena halal untuk dibunuh! – Netizen bersedia untuk tamatkan riwayat beliau | Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid mengecam sebaran poster di Facebook yang mengugut untuk menamatkan riwayatnya kerana didakwa mengkhianati agama Islam.

Salah satu poster, yang menjadi tular di media sosial menggesa Syerlena dibunuh dengan kapsyen berbunyi “Darahnya halal, tidak berdosa dibunuh, dia pengkhianat Islam”

Selain itu kapsyen berbunyi: “Dia wajar dibunuh, kerana sebagai seorang Islam dia bersekongkol dengan Cina kafir harbi untuk menyerang institusi Islam.”

Mengiringi poster itu adalah imej beliau ketika memberikan ucapan dengan kapsyen “Saya bersumpah akan menyerang institusi Islam, khususya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam), demi DAP.”

Syerleena menafikan dakwaan itu yang mula timbul tahun lepas, tetapi muncul semula ketika kempen pilihan raya umum ke-14 lalu.

Menurut anggota parlimen DAP itu, poster yang mengandungi ancaman berkenaan dimuat naik di laman Facebook, oleh pengguna Facebook bernama Yanz AB Rahman dan Fitri AMRR.

Poster yang sama dimuat naik pengguna Facebook bernama Khairul Anwar Ismail dengan komen berbunyi: “Benar dan sungguh benar. Aku dah standby dah. Hanya tunggu semboyan berbunyi je. Berbunyi je aku onlah..”

“Ini adalah ugutan bunuh yang jelas dan ancaman terhadap keselamatan saya,” kata Syerleena.

“Komen yang paling teruk adalah pada posting Facebook oleh seorang bernama Ja Gmum, yang memuat naik poster berkenaan pada 13 Julai, yang telah dikongsi lebih 379 kali.

“Saya menyeru polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertindak pantas. Keadaan ini serius, saya takut jika ini tidak dihentikan segera, nyawa saya dalam bahaya,” katanya.

Minggu lepas, Syerleena membuat laporan polis selepas menerima nota ugutan bunuh yang diletakkan dalam peti surat di rumahnya.

Nota tulisan tangan itu berbunyi “Maut menanti mu”.

Beliau sebelum ini pernah membuat laporan polis berhubung tuduhan akan menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi selepas PRU14.

artikel sebelum ini yang berkaitan

‘Maut menanti kamu’ – ADUN DAP terima ugutan bunuh

Seorang ADUN DAP Pulau Pinang menerima ugutan bunuh susulan fitnah berniat jahat yang mendakwa beliau akan menyerang semua institusi Islam, terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), demi partinya.

ADUN Seri Delima Syerleena Abdul Rashid berkata, ugutan itu melalui nota yang ditemui di peti surat rumahnya pada pukul 3.30 petang semalam.

“Ini adalah ancaman terhadap nyawa dan keselamatan saya. Saya jumpa ketika ingin mengambil surat. Saya terkejut dan takut kerana ini ancaman yang serius,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Green Lane, George Town.

Nota tulisan tangan itu tertulis “Maut menanti kamu!” dan disertakan dengan risalah berisi dakwaan bersifat fitnah bahawa beliau berikrar untuk menyerang semua institusi Islam demi DAP.

Dakwaan kedua pula menyatakan beliau akan berjuang agar Kristian menjadi agama rasmi negara selepas PRU ke-14.

Syerleena berkata telah membuat laporan di balai polis Jelutong.

Katanya lagi, polis telah mengambil nota asal bagi kajian forensik, dan bukti akan dihantar ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Beliau berkata dakwaan itu pernah disebarkan di media sosial pada Mac dan Ogos tahun lalu dan telah menafikannya.

Tuduhan itu muncul kembali sebelum PRU ke-14 iaitu pada April tahun ini. Ketika itu beliau turut membuat laporan di beberapa balai polis.

“Saya terima banyak mesej yang bernada negatif. Saya telah buat laporan polis dan mengenal pasti beberapa posting di Facebook berkaitan dakwaan itu dan telah memberitahu polis tentangnya,” katanya lagi.

Beliau berharap polis dapat mengambil tindakan segera dan tidak lagi boleh memberikan alasan akaun-akaun Facebook ini dijaga pengguna di luar negara.

“Dengan kerajaan baru, harapnya akan ada tindakan tak lama lagi. Perkara ini sudah lama berlarutan.

“Saya tidak tahu tujuan atau siapa yang menghantar ancaman ini, tetapi kami merasakan ia ada kaitan dengan dakwaan terhaap saya,” katanya lagi.

 

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!