Home / sedih / Culik, bunuh, tanam dalam hutan seramai 5 orang mangsa pembunuhan

Culik, bunuh, tanam dalam hutan seramai 5 orang mangsa pembunuhan

 

“YA ALLAH…”

#Culik, bunuh, tanam dalam hutan

SEREMBAN: Mereka dipercayai diculik, dibunuh dan ditanam.

Itu nasib dialami mangsa pembunuhan kejam yang dikaitkan dengan penemuan tulang manusia di kubur tidak bertanda di dalam hutan berhampiran sebuah kuil terbiar di Batu 8, Jalan Sungai Gadut di sini, hari ini.

Penemuan itu susulan penahanan sekumpulan suspek dipercayai ahli kongsi gelap dalam operasi khas yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, sejak dua minggu lalu.

Kumpulan kongsi gelap itu dipercayai terbabit dengan sekurang-kurangnya lima pembunuhan sejak tiga tahun lalu yang menyaksikan semua mangsa ditanam di kawasan hutan yang terletak kira-kira 150 meter dari jalan utama itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan penemuan itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, pihaknya masih menyiasat penemuan ini dan semua tulang berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia untuk proses analisis.

“Apabila analisis dibuat baru kami (polis) boleh tahu siapa pemilik tulang itu dan juga perlu menyemak semula rekod orang hilang bagi mengesan waris keluarga.

“Selepas itu, pihak forensik akan mengambil sampel DNA keluarga mangsa bagi proses padanan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noor Azam enggan mengulas lanjut suspek terbabit dalam pembunuhan itu kerana pihaknya masih menjalankan siasatan.

Pada 11 November tahun lalu, polis menemui mayat seorang lelaki yang juga pemilik kedai cuci kereta ditanam di tepi jalan berhampiran Taman Saga, Siliau dekat Rantau.

Penemuan itu susulan kejayaan polis menahan seorang suspek yang juga ahli kumpulan kongsi gelap menculik mangsa akibat tidak berpuas hati berkaitan teman wanita mangsa.

Sementara itu, seorang wanita berusia 45 tahun yang enggan dikenali berkata, anak sulungnya hilang sejak empat tahun lalu dan sehingga kini gagal dikesan bahkan tiada sebarang khabar berita mengenainya.

“Saya tidak pasti tetapi saya harap ia (tulang) bukan milik anak saya,” katanya yang ditemui di lokasi penemuan tulang manusia itu.

Menurutnya, dia mengetahui mengenai penemuan cebisan tulang manusia itu daripada ahli keluarganya dan bergegas ke lokasi bagi mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut daripada polis.

“Seorang saudara hubungi saya memberitahu polis menemui tulang manusia ditanam di dalam hutan. Saya berasa tidak sedap hati.

“Saya mengajak anak perempuan ke lokasi untuk mendapatkan maklumat. Namun, anggota polis memberitahu mereka belum dapat mengesahkan tulang itu milik anak saya atau tidak, kerana perlu buat ujian DNA (Asid deoksiribonukleik) dahulu,” katanya.

Ditanya mengenai kehilangan anaknya, ibu kepada empat anak itu berkata, anaknya ‘ditahan polis’ di rumah rakan di Senawang, ketika berusia 23 tahun pada Februari 2014.

“Seorang lelaki mengaku polis menahan anak saya dan membawanya pergi dengan menaiki sebuah kereta. Saya ke balai polis tetapi hasil semakan mendapati tiada sebarang tangkapan dibuat terhadap anak saya itu,” katanya yang akan memberikan kerjasama kepada polis sekiranya dipanggil untuk membuat ujian DNA bagi mengesahkan penemuan tulang terbabit.

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

rnoraina@nstp.com.my

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!