Home / semasa / Cuba hentikan projek ECRL, Ini kenyataan balas China kepada Tun Mahathir

Cuba hentikan projek ECRL, Ini kenyataan balas China kepada Tun Mahathir

Cuba hentikan projek ECRL, Ini kenyataan balas China kepada Tun Mahathir  | KUALA LUMPUR: Belum ada perubahan dibuat setakat ini ke atas projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), kata Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian.

Beliau berkata projek itu sudah bermula dan kini berjalan lancar, dengan kontraktor utama, China Communications Construction Company Ltd, bekerja rapat dengan pemilik projek, Malaysia Rail Link Sdn Bhd.

“Setakat saya tahu, tidak ada perubahan dalam projek ECRL,” katanya pada sidang media selepas melawat anak kedua pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi di Zoo Negara hari ini.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu mengkaji semula semua projek mega asing bagi membantu mengurangkan perbelanjaan dan hutang negara.

Antara projek tersebut ialah ECRL sepanjang 688 km, menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kota Bharu dianggarkan menelan belanja kira-kira RM55 bilion dan dijadual siap pada 2024.

Bai menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Khamis lepas dan beliau memberi jaminan mengenai prospek kerjasama lebih luas antara Malaysia dan China.

“Kami merasakan kerajaan baru Malaysia mengutamakan hubungan penting Malaysia-China dan banyak kemungkinan lain.

“Kami yakin Malaysia dan China akan mempunyai pembangunan lebih besar,” katanya dan menambah hubungan Malaysia-China akan terus makmur di bawah kerajaan baru.

Bai berkata China dan Malaysia sudah menikmati hubungan 2 hala yang baik sejak 44 tahun lepas, termasuk 22 tahun semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri sebelum ini (1998–2003).

Beliau berkata hubungan baik akan terus dikekalkan tanpa mengira perubahan yang berlaku dalam negara di kedua-dua negara atau dunia.

Seblum ini sebelum PRU 14 , Tun Mahathir telah mengatakan kemungkinan akan hentikan projek mega ECRL yang bernilai berbilion Ringgit ikuti artikel penuh dibawah

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan tidak menolak kemungkinan akan menghentikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya menang PRU14.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini kerana projek ECRL yang membabitkan pembinaan laluan rel sejauh 688 kilometer merentasi sebahagian Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan bernilai RM55 billion itu merupakan satu pembaziran.

“Kalau difikirkan secara logik, siapa mahu menghabiskan masa 14 jam dalam kereta api dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor berbanding kira-kira 30 minit dengan menggunakan penerbangan.

“Kita akan mengkaji semula projek ECRL sama ada perlu atau tidak. Jika tidak (diperlukan), henti setakat yang dah buat sahaja,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Bicara Bersama Tun M Siri2.0: Cabaran Ekonomi Anak Muda anjuran Akademi Siasah Anak Muda (Aksi Muda), di sini semalam.

ECRL merupakan projek transformasi yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara terutamanya di wilayah Pantai Timur apabila siap pada 2024.

Sementara itu, Mahathir berkata beliau ‘tidak boleh terima’ manifesto Pakatan Harapan yang mahu mansuhkan tol sekiranya menang PRU14 akan datang.

Mengakui ia adalah satu perbezaan pendapat dalam Pakatan Harapan, beliau berkata: “Saya ada pengalaman berkenaan tol, saya tidak boleh terima bahawa kita akan hapuskan tol.

“Kalau tiada tol kita tidak boleh maintain (selenggara), kita tak boleh luaskan jalan, kalau kita nak buat jalan baharu… syarikat swasta tidak akan buat kalau tak dapat pulangan,” katanya.

Berhubung pendidikan percuma, Mahathir berkata Pakatan Harapan tidak bercadang untuk memberi pendidikan percuma sekiranya menang PRU14.

“Biasanya, benda yang ‘free’ (percuma) dianggap tiada harga… maka Pakatan Harapan akan menawarkan bilangan biasiswa pada semua peringkat pendidikan,” katanya. – Bernama

#prusinar #aparakyatma

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!