Home / semasa / Cikgu Sekolah sebarkan lagu mengagungkan kristian pada pelajar dedahkan perkara sebenar

Cikgu Sekolah sebarkan lagu mengagungkan kristian pada pelajar dedahkan perkara sebenar

Cikgu Sekolah sebarkan lagu mengagungkan kristian pada pelajar dedahkan perkara sebenar| DUNGUN – Penyebaran lirik lagu mengagungkan gereja di sebuah sekolah rendah di Hulu Dungun berlaku secara tidak sengaja dan kecuaian.

Guru berkenaan, Muhammad Kamil Abdul Rahman, 38 tampil memohon maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia kerana secara tidak sengaja memberikan lirik tersebut kepada murid-murid yang pada awalnya disangkakan lagu berunsur patriotik.

Pengarah Pendidikan Negeri, Sharuddin Ali Hussain menganggap isu tersebut selesai kerana apa yang berlaku tidak disengajakan.

Bagaimanapun, tindakan terhadap guru berkenaan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semalam, kecoh di media sosial Facebook dan WhatsApp apabila seorang aktivis guru membangkitkan isu tersebut menyebabkan kes itu tular.

SOT: Muhammad Kamil
SOT2: Shafruddin

Lapor Mojo Dungun, NURUL ZAILA MOHD TAHIR

 

 

kes ini terbongkar selepas page cikgu izzat menularkan isu ini di dalam media. Namun info terbaru dari page beliau seperti dibawah

PERMOHONAN MAAF OLEH CIKGU BERKENAAN DI ATAS KESILAPAN MEMBERIKAN LIRIK LAGU YANG TIDAK SEPATUTNYA KEPADA MURID

Jumaat • 7 September 2018

Alhamdulillah. Permohonan maaf telah dibuat dan saya harapkan ianya menjadi pengajaran kepada semua pihak terutama kepada individu yang suka ‘Copy Paste’ tanpa usul periksa.

1. Bagi saya, kecuaian seperti ini adalah tidak sepatutnya berlaku. Walau bagaimanapun, beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti faktor beban tugas guru yang semakin kritikal.

2. Oleh demikian, saya menyeru kepada semua pihak untuk menghentikan spekulasi yang mengatakan gerakan memurtadkan murid kerana guru ini telah mengakui kecuaian beliau dan memohon maaf serta menafikan beliau tidak terlibat langsung dengan mana-mana gerakan yang tidak sepatutnya.

3. Jadikan iktibar dan sebagai pengajaran bersama. Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab dan bukan ‘kaki kopipes’ atau ‘kaki foward’ maklumat yang tidak semak terlebih dahulu.

4. Kepada semua guru, didiklah anak murid seperti mana anda mendidik anak-anak anda sendiri dan kepada ibubapa yang prihatin, bantulah guru-guru anak anda di sekolah dalam usaha mendidik anak-anak kita menjadi insan berguna kepada masyarakat.

#SatuSuara
#PendidikGenerasiBaharu

NETIZEN MASIH TIDAK PUAS HATI TERHADAP CIKGU IZZAT

Azniza Tajudin Cikgu Izzat II rsenya cikgu dh boleh delete post smlm yg mgaibkan cg trsebut..cikgu sndri menyeru org utk hntikan spekulasi tp cikgu sndri xdelete post trsebut..

walaupn jelas cg tulis permohonan maaf telah dibuat..org yg xtahu cerita terus mghentam cg trsebut umpama mereka xpnh bt silap dlm hidup mereka..

Cikgu izzat dlu pnh jd cikgu dan syukur cikgu izzat fhm bebanan tugas guru. Betul dia cuai dan prkara brkaitan agama xpatut dpndg remeh..

Cg tu sndri dh dpt pgjran dia.. Tahniah jgk buat cg izzat, skrg 1 dunia tahu spe cg trsebut.. Inilah agenda cg izzat yg beriya sgt suruh cg tu bt permohonan maaf secara terbuka kan? Menambahkan lg aib org..

Igt cg izzat dlu penah jgk kecundang & tahu bagaimana rasa dikecam org kn? Harap cg izzat jg dpt pgjaran dr pegalaman lama.. Sy mohon cg izzat jgk hentikan post ini dr terus tersebar.. Rasanya xadil bila cg tu sudah buat permohonan maaf scara terbuka tp cg izzat masih belum delete post trsebut.. Post smlm masih lg tersebar. Sudah2 la tu. Semoga Allah melindungi kita semua dr kecuaian sebegini..

Cik Fetimah Jr. Maaf sekadar pendapat. Cikgu berkenaan dah buat permohonan maaf terbuka, tapi rasa2nya posting ni mampu ke hilangkan segala kesan hinaan/cacian/ kejian kepada cikgu tersebut? Saya tengok makin galak netizen share post yang sebelum ni, dengan perkataan2 yang saya pun tak sanggup nak baca.

Dari sikit je yang tau & kecam dah bertambah ke bilangan yang saya sendiri pun tak tau. Plus pulak dengan spekulasi2 yang xtau la dari mana datangnya. Boleh nampak kesan viral tu. Nak2 bila nama sekolah dan nama guru ni pun dah dalam pengetahuan ramai. Apa2 pun tahniah atas keprihatinan cikgu Izzat. Mudah2an Allah pelihara kita semua daripada sebarang kecuaian selepas ni.
PERHATIAN

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!