Home / semasa / Calon speaker kerajaan PAKATAN buatkan penyokong BN dan PAS terkejut dan tak percaya!

Calon speaker kerajaan PAKATAN buatkan penyokong BN dan PAS terkejut dan tak percaya!

Calon speaker kerajaan PAKATAN buatkan penyokong BN dan PAS terkejut dan tak percaya! | KUALA LUMPUR: Selepas berdekad lama berada di kerusi pembangkang, ahli politik paling terkenal mungkin berpindah ke kerusi speaker apabila Dewan Rakyat bersidang buat pertama kali minggu depan selepas pilihan raya umum ke-14, menurut sumber yang boleh dipercayai.

Video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah sumber artikel freemalaysiatoday

Sumber itu berkata pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad bersungguh mempertimbangkan nama Lim Kit Siang, orang kuat DAP yang memenangi kerusi Iskandar Puteri, Johor pada 9 Mei lepas.

Satu pengumuman akan dibuat selepas mesyuarat mingguan Kabinet esok.

Sumber berkata nama Lim disertakan bersama sekurang-kurangnya 2 nama lain, termasuk ahli politik veteran Tan Sri Rais Yatim, yang secara terbuka mengisytiharkan sokongan kepada Dr Mahathir semasa kempen pilihan raya 2 bulan lalu.

“Walaupun tak sukar untuk bayangkan Rais duduk di kerusi speaker, tetapi akan ada penentangan daripada beberapa wakil rakyat kerajaan, kerana dia dilihat sebahagian daripada orang-orang lama,” kata sumber itu.

Sumber mengesahkan pemimpin PKR, Datuk Johari Abdul, yang mengetuai ahli-ahli Parlimen PKR semasa menjadi pembangkang, juga calon speaker.

Namun Johari bukan calon pilihan, ekoran bantahan daripada individu-individu berpengaruh yang merujuk kepada penglibatannya dalam Biro Tata Negara (BTN), agensi yang dikendalikan kerajaan dulu yang dikritik kerana program mempengaruhi pemikiran penjawat awam.

“Kit Siang mempunyai pengalaman selama berdekad berbahas di Parlimen, bukan sahaja dengan rakan-rakan Ahli Parlimen tetapi juga dengan speaker berhubung prosedur Parlimen,” kata sumber itu.

“Dia sangat tahu peraturan Dewan Rakyat, jadi dia perlu dipertimbangkan untuk jawatan itu.”

Pada Ahad, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan speaker baru daripada kalangan Ahli Parlimen, berbeza dengan cara BN sebelum ini.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan rasa tanggungjawab dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

Jawatan itu sebelum ini diduduki oleh ahli politik Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dikritik oleh pembangkang kerana berat sebelah kepada BN, terutama dalam topik berkaitan 1MDB.

Lim, 77, menjadi Ahli Parlimen sejak 1969, apabila dia memenangi kerusi Bandar Melaka untuk DAP. Sejak itu dia mewakili 7 kerusi persekutuan, termasuk Iskandar Puteri, nama baru bagi Gelang Patah, yang dimenangi pada 2013 selepas menewaskan menteri besar Johor ketika itu, Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Beliau Ahli Parlimen pembangkang paling lantang di penggal pertama Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Dia digantung beberapa kali dari sesi Dewan Rakyat. Pada 1992, dia digantung kerana menuntut siasatan ke atas skandal melibatkan syarikat berkaitan MIC dan Telekom Malaysia.

Pada Mac tahun ini, dia sekali lagi digantung kerana enggan berganjak dari kerusinya apabila diarah oleh Pandikar.

Lim beberapa kali dilantik sebagai ketua pembangkang, keseluruhannya selama 30 tahun.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!